Warden digesa bersikap peramah

MENANDAKAN MAJLIS … Penyelaras kumpulan warden memotong kek perayaan bersama Fr Martin Wong, Fr Larry Tan SJ dan Sr Flora Tingang SSFS

KUCHING — Pada 9 November lepas, para warden Paroki Katedral St Joseph serta anggota keluarga dan rakan-rakan mereka telah menghadiri majlis makan malam tahunan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas keberkatanNya sepanjang tahun ini.

Dalam ucapannya yang ringkas, Father Martin Wong, selaku penasihat rohani bagi Ministri Warden di paroki tersebut, menggesa para warden yang berkhidmat dalam setiap daripada sembilan Misa untuk bersikap peramah.  

“Sebagai warden, kita dipanggil untuk bersiap peramah. Apabila orang datang ke gereja untuk Misa, kitalah orang pertama yang menyambut dan menyapa mereka,” katanya, “Bagaimanakah kita membuatkan mereka rasa dialu-alukan?”

Sambil memetik Mother Teresa, beliau berkata ia adalah perkara kecil yang mereka buat, seperti berjabat tangan dengan jemaat paroki, menyambut mereka dan menunjukkan tempat duduk kepada mereka, yang membezakan keadaan sama sekali. 

Fr Martin turut mengingatkan para warden agar sentiasa merujuk kepada penyata visi dan misi ministri.

“Kita perlu sentiasa menilai diri sendiri untuk memastikan apa sahaja yang kita buat adalah selari dengan visi dan misi ministri,” katanya.

Semua warden dianugerahkan dengan sijil penghargaan di atas khidmat mereka yang disampaikan oleh Fr Martin, Father Larry Tan SJ dan Sister Flora Tingang SSFS kepada penyelaras pelbagai kumpulan warden yang menerimanya bagi pihak semua warden yang berkhidmat di bawah paroki itu.

Persembahan menarik pada majlis itu memeriahkan lagi suasana bagi para warden.

Terdapat 187 orang warden yang berkhidmat dalam sembilan Misa Ahad yang dirayakan di Katedral St Joseph, Gereja St Mark, Chapel Carmelite dan Pusat St Colette, Malihah.

Audrey Yu (Terjemahan)


Today’s Catholic Vol.30 No.9 December 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.