Uskup Malaysia bersatu dengan janji untuk mewujudkan ekologi di kesemua keuskupan

MESRA ALAM… Kesemua sembilan uskup agung dan uskup menunjukkan ikrar keuskupan ekologikal yang mereka tandatangan di Pusat MAJODI pada 13 Julai 2023.

Oleh Clare Westwood, Pengarah Wilayah ECCJ-MSB

PLENTONG, JOHOR — Kesemua sembilan uskup agung dan uskup Malaysia telah menandatangani ikrar untuk menjadikan keuskupan mereka ekologikal di Persidangan Uskup Katolik di Pusat MAJODI, Plentong, Johore.

Kata-kata dalam ikrar itu berbunyi berikut: “Keuskupan/Keuskupan Agung Roman Katolik (nama), Malaysia, dengan ini mengisytiharkan ikrar untuk menjadi sebuah Keuskupan Ekologikal sepanjang masa, yang menjalankan kerohanian yang sangat ekologikal serta memajukan ketahanan dan keadilan ekologikal bagi semua penciptaan, mengikut laluan nyah karbon dan membina ketahanan komuniti dan Bumi, menurut Protokol Keuskupan Ekologikal yang dilampirkan pada ikrar ini, dengan sedaya upaya dan kreativiti dalam keadaan tempatan.”

Dalam ucapan beliau kepada saudara-saudara uskup, Uskup Joseph Hii selaku Presiden Suruhanjaya Keuskupan bagi Keadilan Penciptaan Malaysia, Singapura dan Brunei (ECCJ-MSB), berkata acara ini khususnya bermakna selari dengan Kempen Lindung Bumi Kita, Lindung Anak-Anak Kita (PROTEC) ECCJ-MSB yang dilancarkan pada 2020 di seluruh negara dan membawa tema baharu setiap tahun.

Tema tahun ini bagi PROTEC adalah untuk ‘Hentikan Pencemaran Plastik’ dan tema baharu bagi Tahun Empat (1 September 2023 hingga 31 Ogos 2024) adalah ‘Kurangkan Penggunaan Bahan Bakar’ yang selari dengan ‘Projek Nyah Karbon Malaysia’ ECCJ-MSB sekarang, yang dilancarkan pada tahun ini, dengan mengambil kira krisis iklim yang semakin memburuk.

Ketua Suruhanjaya Keadilan Penciptaan MAJODI, Dr Maria Lee, yang menghadiri acara berkenaan, memberitahu bahawa semua orang dalam ECCJ-MSB begitu bangga dengan para pemimpin Gereja kita, iaitu uskup-uskup, kerana menandatangani ikrar tersebut. Ia menunjukkan bahawa Gereja Katolik menyahut dengan serius seruan Pope Francis dalam Laudato Si’ (LS) untuk “menyelamatkan umat manusia daripada memusnahkan diri” (LS#79).

Dr Lee juga menekankan hakikat bahawa krisis iklim adalah krisis kesihatan, dan berharap doktor Katolik akan menjadi pemimpin yang mengangkat isu kesihatan awam ini. Beliau seterusnya menyeru kepada Gereja untuk mengabadikan satu Doa Umat di setiap Misa kepada darurat iklim, dan setiap suruhanjaya/ministri untuk memasukkan tindakan iklim ke dalam kerjanya.

Ikrar itu ditandatangani dalam bentuk sijil dengan beberapa lampiran yang menyenaraikan protokol keuskupan ekologikal secara terperinci diiringi Protokol Paroki Ekologikal, borang pemantauan diri dan dokumen sokongan lain untuk membantu setiap keuskupan dan paroki melakukan peralihan ke arah menjadi ekologikal sepenuhnya.

Setiap uskup turut diberi ‘pen drive’ yang diisi dengan sumber yang dihasilkan oleh ahli-ahli ECCJ-MSB selama ini untuk menyokong peralihan dan transformasi ekologikal (risalah, penanda buku, video, dll) pada peringkat keuskupan dan paroki. Sumber tersebut turut dikongsikan dengan Kardinal William Goh dari Singapura dan Fr Robert Leong dari Brunei.

Gambar atas (dari kiri): Uskup Richard Ng (Miri), Uskup Agung Simon Poh (Kuching) dan Uskup Joseph Hii (Sibu) menandatangani ikrar keuskupan ekologikal mereka.
Dari kiri: Bakal Kardinal Sebastian Francis (Pulau Pinang), Uskup Agung Julian Leow (Kuala Lumpur) dan Uskup Bernard Paul (Melaka-Johore) menandatangani ikrar keuskupan ekologikal mereka.
Dari kiri: Uskup Cornelius Piong (Keningau), Uskup Agung John Wong (Kota Kinabalu) dan Uskup Julius Dusin Gitom (Sandakan) menandatangani ikrar keuskupan ekologikal mereka.

Ikrar yang dibuat oleh semua uskup Malaysia benar-benar menggambarkan satu pencapaian bagi Gereja Roman Katolik di Malaysia, yang menunjukkan ia bersatu-padu ingin mengangkat kepimpinan dan akauntabiliti, dan merupakan satu seruan yang lantang bagi semua umat Katolik untuk menyahut darurat global dengan segera. Ia juga adalah tepat pada waktunya, memandangkan kita berada pada tahun ketujuh sejak Laudato Si’ dikeluarkan, dan Pope Francis berulang kali mengingatkan semua kita untuk “mendengar ratapan Bumi dan ratapan golongan miskin (LS#49)”.

Sejak ECCJ-MSB menyusun struktur dengan nama baharunya pada 2017, Suruhanjaya itu sudah semakin mantap dengan penyertaan semua keuskupan dalam Suruhanjaya Keadilan Penciptaan yang aktif. Memandangkan sekarang semua uskup sudah menandatangani ikrar, setiap keuskupan di Malaysia diharap akan menubuhkan Ministri Keadilan Penciptaan yang diabadikan kepada misi memajukan ketahanan dan keadilan penciptaan bagi semua penciptaan, baik manusia dan dalam alam semula jadi.

Sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan situasi Kod Merah (Iklim) pada tahun 2022, dengan semua indikasi bahawa kita akan mencecah suhu pemanasan 1.5 darjah Celsius dalam tempoh sedekad akan datang pada kadar pengeluaran gas hijau sekarang, masa tidak dapat dibuang lagi demi generasi sekarang dan pada masa depan serta ‘Common Home’ (Bumi) yang kita sayangi. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Malaysian Bishops unite to pledge making all dioceses ecological

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.