Uskup Agung Kuching beri penghormatan kepada Pope Benedict XVI

Uskup Agung Simon Poh dengan Buku Takziah di Chapel Holy Family, 3 Januari 2023. (Foto: Keuskupan Agung Kuching)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Dalam penghormatannya kepada Pope Emeritus Benedict XVI, Uskup Agung Simon Poh mengimbau pertemuannya yang singkat dengan Paus itu di dua Hari Belia Sedunia yang diadakan di Cologne pada 2005, dan di Sydney pada 2008.

“Pertemuan saya secara peribadi dengan Pope Benedict XVI adalah pada Hari Belia Sedunia di Cologne pada 2005. Sebelum Misa Penutupan, kami mengadakan vigil di lapangan terbuka Marienfeld di mana Misa akan dirayakan oleh Pope Benedict XVI pada keesokan hari. Ini adalah Hari Belia Sedunia pertamanya selepas beliau menggantikan Pope John Paul II. Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan bagi saya untuk melihat bagaimana Tuhan terus menggunakan Pope Benedict XVI, yang berusia 78 tahun ketika itu, untuk menyantuni golongan belia.

Di Hari Belia Sedunia berikutnya di Sydney pada 2008, saya mengiringi kira-kira 50 orang muda untuk meraikannya bersama Pope Benedict XVI. Sekali lagi, ia adalah menakjubkan bahawa Pope Benedict bercakap kepada hati kami. Bagi saya, saya melihat satu lagi dimensi Pope Benedict XVI, yang bukan lagi Kardinal Ratziner yang tegas, tetapi yang kemudian sebagai Paus, mengikut jejak langkah Pope John Paul II, terus berhubung dan memberi inspirasi kepada golongan muda.

Gereja Katolik di Kuching menyuarakan kesyukuran di atas anugerah Pope Emeritus Benedict XVI kepada Gereja dan terutamanya kehadirannya yang senyap dan doa bagi Gereja Katolik, ketika dalam persaraan di Vatikan. Requiescet in pace (Semoga beliau beristirahat dalam damai.”

Meja Peringatan

Untuk memberi penghormatan kepada mendiang Pope Benedict, Keuskupan Agung Kuching telah menyediakan sebuah Meja Peringatan yang sederhana dengan Buku Takziah di Chapel Holy Family di Pejabat Uskup Agung, ACCPC, bagi umat Katolik untuk memberi penghormatan mereka dan berdoa untuk jiwa Paus.

Uskup Agung Emeritus Peter Chung menandatangani Buku Takziah, Chapel Holy Family, 3 Januari 2023

Chapel itu terus dibuka pada 3–5 Januari dari jam 8.00 am – 9.00 pm (3–4 Jan) dan 8.00 am – 5.00 pm (5 Jan). Misa Peringatan akan dirayakan pada jam 5.30 petang di Katedral St Joseph, yang dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh.

Keuskupan Agung mempelawa umat Katolik untuk datang dan berdoa dalam solidariti bagi Paus, apabila Misa Pengebumian diadakan di Dataran St Peter di Rom pada Khamis, 5 Januari 2023.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Archbishop pays tribute to Pope Benedict XVI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.