Taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

TAKLIMAT… Wakil daripada berbagai pertubuhan dan pelayanan keuskupan agung di taklimat berkenaan bersama Uskup Agung Simon Poh (barisan depan, lima kanan).

KUCHING — Majlis Keuskupan Agung Kuching, Persatuan St Vincent de Paul menganjurkan taklimat pada 13 Januari 2024 berhubung perkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan dan garis panduannya yang relevan. Ia disampaikan oleh tetamu jemputan, Rohana Isnawi, daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Taklimat itu, yang diadakan di Pusat Paroki St Joseph, turut dihadiri Uskup Agung Kuching, Simon Poh. Ia turut menerima penyertaan yang aktif daripada berbagai pertubuhan dan pelayanan selain Persatuan St Vincent de Paul, termasuk Catholic Welfare Services, Kerasulan Kerahiman Ilahi, Pelayanan Migran, Pelayanan GROWTH Ministry dan Pusat Kaunseling Katedral St Joseph.

Menerusi sesi yang terperinci dan aktif, hadirin mendapat pengetahuan yang lebih baik untuk membolehkan mereka melayan dalam kerja masing-masing dengan lebih cekap ketika membantu golongan miskin dan memerlukan bantuan.

DENGAR… Perkongsian daripada Rohana Isnawi.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Active participation at Dept of Social Welfare Sarawak briefing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.