Sr Karen Wee, OCD melafazkan ‘ya’ yang abadi kepada Allah

Sr Karen berbaring sujud semasa Litany of the Saints sebagai tanda penyerahan diri sendiri dan memberi diri. (Foto: Audrey Yu)

Oleh Audrey Yu

KUCHING — Pada 2 Februari lalu, ratusan jemaat, termasuk keluarga dan rakan-rakan Sr Karen Wee, menyaksikan ikrar kaul religius beliau dalam Misa yang dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh di Chapel Carmelite.

Sr Karen memilih nama religius “Karen Emmanuel of Jesus on the Cross”.

Dalam upacara ikrar kaul, Sr Karen berlutut di depan Ketua Rahib, Sr Marie Evelyn of the Mother of Sorrows, da membaca formula ikrar kaul yang beliau telah tulis.

“Saya, Sr Karen Emmanuel of the Cross, … berikrar kepada Allah Maha Kuasa buat selama-lamanya, kesucian, kemiskinan dan kepatuhan, menurut Peraturan dan Konstitusi Kongregasi ‘Discalced Carmelite Nuns of the Order of the Blessed Virgin Mary of Mount Carmel’.

“Dengan segenap hati saya, saya menyerahkan diri kepada instut religius ini yang telah dipulihkan oleh St Teresa, untuk mencari kasih sempurna dalam pelayanan kepada Gereja Ibunda kita menerusi rahmat Roh Kudus dan dengan bantuan Bonda Allah menerusi doa yang konsisten dan penyangkalan diri yang injili selain untuk memberi kemuliaan yang abadi kepada Tritunggal Maha Kudus.”

Mother Prioress ‘memahkotakan‘ Sr Karen sebagai pengantin baru Kristus setelah pakaiannya. (Foto: Audrey Yu)

Selepas beliau berdoa dengan menopang tangan ke atas biarawati yang baharu membuat ikrar kaul itu, Uskup Agung Simon memakaikan tudung ke atas Sr Karen.

Sr Karen, 40, merupakan anak bongsu Aloysius Wee dan Rosie Chin. Beliau mempunyai dua orang abang dan dua orang kakak. Keluarga beliau berhijrah ke Singapura ketika beliau berusia 17 tahun. Sebagai remaja dengan cita-cita yang tinggi dan celik teknologi, Sr Karen sentiasa mencari kepuasan diri. Perlahan-lahan beliau menjadi seorang Katolik Hari Minggu yang suam-suam.

Titik perubahan berlaku ketika beliau melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam farmakologi, apabila beliau menghadapi kegagalan demi kegagalan alaupun beliau berusaha sedaya upaya.

“Pada suatu hari, saya mendengar tentang retreat Seminar Belia dalam Roh (YISS). Saya membuat keputusan untuk menyertainya,” kata beliau dalam “The Story of How God Called Me” yang dicetak di bekajang buku kecil Misa sempena acara itu.

Beliau menjadi orang yang berbeza selepas retreat itu; meluangkan masa dalam doa dan meninggalkan hobi-hobi duniawi beliau.

Perjalanan Sr Karen ke dalam Carmel bermula dengan minat beliau kepada St Thérèse of Lisieux.

“Saya jatuh hati dengan nilai-nilai mulia yang beliau amalkan, dan saya berkata kepada diri sendiri ‘saya mahu menjalani kehidupan seperti ini di dunia’,” beliau menulis.

Perjumpaan dengan biarawati Carmelite di Singapura adalah saat di mana keinginan yang kuat untuk berada di belakang gerigi menyelubungi beliau.

“Saya ingin sekali berada di sebelah belakang gerigi. Saya menyedari bahawa saya berada di sebelah yang salah, dan mata saya mula digenangi air mata.”

Selepas berdoa dan menanggapi dengan konsisten, beliau akhirnya memasuki ‘Carmelite Monastery of the Immaculate Heart of Mary’ di Kuching pada 16 Julai 2013.

Beliau dikenakan pakaian biarawati pada 18 Januari 2014, dan membuat ikrar kaul sementara pada 1 Februari 2010.

“Semoga saya setia kepadaNya, dan memberikan kemuliaan kepadaNya supaya ramai lagi jiwa lain akan lebih mengasihiNya, dan menghabiskan masa selama-lamanya untuk memujiNya,” beliau menulis. “Tolong berdoa agar saya sentiasa setia.”

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Sr Karen Wee, OCD saying her eternal yes to God

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.