SINAR 2020: Belia Kuching memenangi Cabaran Selfie

Foto: Maria Amella/Alpha Malaysia

Oleh Maria Amella/Alpha Malaysia

KUCHING — SINAR 2020 merupakan Konferensi Alpha Belia dari gabungan Alpha Malaysia dan Indonesia. Program ini dijalankan selama dua hari iaitu pada Jumaat dari jam 7.30 hingga 9.30 malam, diikuti senaman pagi secara langsung dari Instagram pada pagi Sabtu dan juga sesi seterusnya pada jam 10.30—12.35 tengah hari melalui YouTube dan platform dalam talian gereja. 

Menurut Alpha Malaysia, dianggarkan lebih 1,290 penyertaan dari 149 gereja di seluruh Malaysia dan Indonesia telah mengikuti Konferensi SINAR 2020. Belia kita, dari Keuskupan Agung Kuching, turut menyertai konferensi ini. Lebih membanggakan lagi, salah seorang belia kita dari Kuching yang juga merupakan timbalan pengerusi PYM Stephen Bau, Stephanie Micheal Bakat, telah berjaya memenangi Cabaran Selfie yang dianjurkan pada konferensi tersebut.

Foto: Maria Amella/Alpha Malaysia

Menurut penganjur program ini, keutamaan SINAR 2020 adalah untuk melihat pemulihan pada para remaja dalam penginjilan, serta melengkapi mereka untuk menggapai peluang tersebut dalam talian. Konferensi dalam talian ini termasuklah topik-topik seperti “Menjadi Murid Yesus Pada Zaman Digital, Detoks Di Era Digital, Strategi Penginjilan Online dan Secara Langsung serta Bersinar Untuk Yesus”. 

Sepanjang konferensi ini, terdapat juga sesi secara berasingan yang dikhaskan bagi pastor/pemimpin gereja. Selain daripada maklum balas dari penceramah jemputan, turut diselitkan adalah program seperti puji and sembah serta ‘live prayer’ (doa secara langsung) di akhir rancangan. 

SINAR 2020 diharapkan dapat menginspirasi dan melengkapi orang muda untuk membahagikan Injil kepada rakan-rakan mereka secara pantas dalam dunia digital. Sepanjang pandemik ini, kita melihat bagaimana manusia memiliki keinginan yang begitu kuat untuk berhubung dan membawa pelbagai generasi (muda mahupun tua) ke dalam talian. Melalui ini juga kita mendapati bahawa ini adalah suatu keperluan bagi kita sebagai gereja untuk mampu berhubung dengan orang secara dalam talian ataupun luar talian. 

Tahniah sekali lagi kepada pihak Alpha Malaysia dan Indonesia di atas kejayaan menganjurkan konferensi ini untuk belia kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.