Sesi pertama Sekolah Hari Minggu Dalam Talian BSC menerima sambutan

Pada hujung April 2021, Jawatankuasa Al-Kitab dan Pembentukan Iman (BFFC) Gereja Blessed Sacrament (BSC) melancarkan pendaftaran bagi pelajaran dalam talian Sekolah Hari Minggu. (Tangkap layar: BSC)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Pada hujung April 2021, Jawatankuasa Al-Kitab dan Pembentukan Iman (BFFC) Gereja Blessed Sacrament (BSC) melancarkan pendaftaran bagi pelajaran dalam talian Sekolah Hari Minggu. Kelas ditetapkan bermula pada pertengahan Jun 2021.

Pada 13 Jun lalu, pelajaran dalam talian pertama untuk pelajar Sekolah Hari Minggu bagi semua peringkat bermula dengan ucapan oleh Rektor BSC, Fr Patrick Heng.

Perjumpaan Google pada jam 9.00 pagi (bersama maksimum 250 peserta) itu memberikan guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar yang berjaya masuk (log in), kefahaman tentang apa yang boleh dijangkakan daripada kelas dalam talian itu.

Selepas doa pembukaan dan ucapan alu-aluan, Fr Patrick menggariskan pelan bagi pengendalian sukatan pelajaran Sekolah Hari Minggu dan memaklumkan bahawa masalah remeh pasti akan timbul.Beberapa pembentuk iman juga akan mengalami masalah dengan pengajaran dalam talian buat pertama kali.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa tidak ada pelajar yang akan ketinggalan apabila waktunya tiba nanti untuk memberikan sakramen-sakramen Pembaptisan, Pengakuan, Komuni Kudus Pertama dan Penguatan, yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Apa yang penting ialah pelajar “akan mengalami siapa Tuhan Yesus”, dan ini akan seterusnya membawa kepada keinginan untuk “menerima sakramen dalam Gereja”, kata Fr Patrick.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada BFFC bagi persiapan yang dijalankan untuk menyediakan pelajaran dalam talian, terutamanya pengerusinya John Wong dan setiausahanya Martina Juan.

Guru dan pelajar kemudian masuk (log in) ke kelas masing-masing untuk pelajaran pengenalan dalam talian mereka. Kira-kira 410 pelajar telah didaftarkan untuk kelas dalam talian Sekolah Hari Minggu.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Good response to BSC Online Sunday School inaugural session

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.