Seminar Penyembuhan Rohani

Fr Varghese Parackal

KUCHING Seminar Penyembuhan Rohani akan diadakan di Dewan BSC, Gereja Blessed Sacrament, BDC dari 6 – 8 Mac. Dianjurkan dengan kerjasama Emmaus Servant Community, seminar ini akan memapakan pengkhutbah yang terkenal pada peringkat dunia Rev Father Varghese Parackal dari Perth, Western Australia.

Fr Varghese merupakan Pengarah Pusat Retreat Vincentian, dan mengendalikan retreat ‘live-in’ bulanan selain menggalakkan penyembuhan rohani dan kaunseling di pusat tersebut di Perth. Beliau juga mempunyai ministri penyembuhannya sendiri dan pernah dijemput untuk mengadakan retreat bagi golongan paderi dan golongan religius di Australia, Jerman, Asia Tenggara, Afrika dan lain-lain.

Lawatan Fr Varghese ke Kuching adalah atas jemputan Uskup Agung Kuching Simon Poh. Beliau juga akan merayakan misa untuk berdoa bagi penyembuhan pada 9 Mac di Gereja Blessed Sacrament pada jam 7.30 malam.

Yuran pendaftaran RM40 untuk seminar ini termasuk makanan. Maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh diperolehi di pintu masuk gereja.

Anda boleh juga mendaftar dalam talian di: www.blessedsacramentkuching.org


Berita dalam Bahasa Inggeris: Fr Varghese Parackal from Perth to conduct Spiritual Healing Seminar in Kuching

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.