Seminar ‘Kecerdasan Rohani dalam Era AI’ beri inspirasi kepada hadirin

Fr Prasad bersama peserta seminar.

Oleh Komuniti Christ the King OCDS

KUCHING — Pada 5–6 Jun lalu, Keuskupan Agung Kuching dan Komuniti Christ The King OCDS bersama-sama menganjurkan seminar penerangann bertajuk ‘Kecerdasan Rohani dalam Era AI’ di Pusat Pastoral Katedral dan Kuria Keuskupan Agung (ACCPC). 

Siri dua bahagian ini menarik lebih seratus peserta setiap petang, yang bersemangat untuk meneroka persimpangan di antara kerohanian dengan teknologi.

Rasa ingin tahu tentang tema berkaitan teknologi menarik minat hadirin untuk datang, tetapi mereka pulang dengan penuh inspirasi dan sangat tersentuh dengan pandangan mendalam tentang Kecerdasan Rohani (Spiritual Quotient, SQ). Konsep SQ, yang sering dibayangi oleh IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) yang lebih dikenali, telah dijelaskan dengan cemerlang oleh penceramah terkenal di seminar itu, Fr Prasad Joseph Theruvathu, OCD.

Fr Prasad, Ketua dan Vikar Provinsi di Rumah Provinsi Carmelite St Pius X di Kerala, India, memukau hadirian dengan ceramahnya mengenai Kecerdasan Rohani seperti yang diajar oleh St Therese dari Lisieux. St Therese, seorang Santa Carmelite dan Doktor Gereja yang dikasihi, terkenal dengan pendekatannya yang ringkas namun mendalam kepada kerohanian, yang sering dirujuk sebagai ‘Little Way’ atau ‘Jalan (Cara) Kecil’.

Fr Prasad menekankan kepentingan membaca autobiografi St Therese, ‘Story of a Soul’ (Kisah Satu Jiwa), untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang ‘Little Way’ St Therese dan kaitannya dalam usaha mencapai kesucian. Fr Prasad menerangkan bagaimana Kecerdasan Spiritual, yang berasaskan kerendahan hati, kasih sayang dan kepercayaan kepada Tuhan, menawarkan jalan transformatif yang melengkapi dan melangkaui alam IQ dan EQ.

Para peserta meninggalkan seminar bukan sahaja dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang Kecerdasan Rohani tetapi juga dengan tujuan baharu dan inspirasi untuk mengamalkan prinsip-prinsip rohani ini di dalam kehidupan seharian mereka, terutamanya dalam era yang semakin didominasi oleh kecerdasan buatan dan kemajuan teknologi.

Kejayaan seminar ini menyerlahkan minat dan keperluan yang semakin meningkat bagi perbincangan yang merapatkan jurang antara dunia rohani dengan alam teknologi, untuk memberikan pertumbuhan dan pengayaan holistik kepada individu dan juga komuniti. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Seminar on “Spiritual Intelligence in the Era of AI” inspires attendees

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.