“Sembuhkanlah aku, Ya Tuhan, dan aku akan sembuh” – Misa Khas dengan Pengurapan Orang Sakit

MISA PENYEMBUHAN: (dari kiri ke kanan) Father Michael Payyapilly dan Father Joseph Kannampally, disertai para paderi tempatan, merayakan Misa untuk berdoa bagi penyembuhan, 21 Februari 2023, di Katedral St Joseph, Kuching. (Foto: Today's Catholic/Shannon Wei)

Engkau adalah Allah yang menyembuhkan aku, Engkau adalah Tuhan, penyembuh aku.

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Keuskupan Agung Kuching telah menganjurkan Misa untuk berdoa bagi orang sakit, warga emas dan golongan dengan keperluan khas, di Katedral St Joseph, Kuching pada 21 Februari 2023.

Misa khas dengan doa dan pengurapan bagi penyembuhan itu dirayakan oleh Fr Joseph Kannampally VC, bersama Fr Michael Payyapilly VC, Fr Nicholas Ng, Fr Galvin Ngumbang, Fr Mark Bonchol, Fr Alvin Ng SJ dan Fr Eugene Maglasang SDB.

Paderi-Paderi Vincentian 

Fr Joseph merupakan Pemimpin Vincentian Wilayah Andhra, dan pernah melayan dan berkhutbah di India dan negara-negara Teluk.

Beliau adalah mukjizat hidup yang terselamat daripada pengalaman hampir mati beberapa kali tetapi Tangan Tuhan sentiasa melindung-Nya.

Fr Michael adalah Pengarah Pusat Pemukiman (Retreat) Ilahi di Colombo, Sri Lanka.

Beliau juga merupakan seorang paderi Vincentian dan seminarian yang seangkatan dengan Fr Joseph. 

Sejak pentahbisannya pada 2006, beliau telah melawat lebih 50 buah kota untuk mengadakan pemukiman.

Dalam komentari pembukaannya, Fr Joseph memberitahu jemaat bahawa Pasukan Ilahi yang terdiri daripadanya sendiri, Fr Michael dan Vincent (koir satu anggota), akan berada di Kuching selama seminggu untuk berdoa dan memuliakan Allah bersama mereka.

Sambil memetik Mazmur 37:5, “Serahkanlah hidupmu kepada Tuhan, dan Dia akan bertindak bagi kamu”, katanya kepada mereka, “Pada petang ini, Allah akan bertindak bagi semua kita.” 

Dalam Kisah Para Rasul 4:30, “Hulurkanlah tangan-Mu untuk menyembuh, Ya Tuhan, dan adakanlah tanda dan mukjizat oleh nama besar dan kudus hamba-Mu, Yesus, yang berkuasa”, katanya, “Yesus akan melakukan mukjizat dan keajaiban dalam hidup kita.”

Dalam homilinya selepas bacaan Injil, Fr Michael berkongsi bahawa “Allah menyembuh menerusi doa-doa komuniti”.

Beliau meminta semua orang untuk berdoa sebagai sebuah komuniti dan bukan sebagai individu, kerana “kita dipanggil untuk melayan dan bukan untuk dilayan.”

Beliau berkata, “Kita mesti percaya kepada kuasa komuniti yang berhimpun untuk berdoa.” 

Pengurapan orang sakit, warga emas dan golongan dengan keperluan khas 

MOGA DISEMBUHKAN: Fr Michael mengurapi dan berdoa bagi seorang anggota paroki, manakala anggota lain berbaris untuk giliran masing-masing.

Eksposisi Sakramen Maha Kudus dan pengurapan orang sakit diadakan selepas Komuni Suci. 

Fr Michael memimpin kongregasi dalam doa “untuk menjemput Yesus ke dalam kalangan kita” dan menyuruh mereka untuk mempersembahkan dengan iman semua hajat doa kepada Tuhan, tetapi tidak mementingkan diri dan ingat bahawa semua orang adalah alat bagi penyembuhan orang lain.

Tujuh orang paderi berkenaan disertai oleh Fr Joseph Liew dan Fr Patrick Heng untuk memberikan pengurapan kepada komuniti Kristian yang telah datang dari berbagai paroki di Keuskupan Agung Kuching dan memenuhi katedral pada malam itu.

TUHANKU, ALLAHKU … Fr Michael memberkati jemaat dengan Sakramen Maha Kudus.

Seluruh kongregasi, tua dan muda, sakit atau sebaliknya, kelihatan berbaris untuk mendapatkan pengurapan.

Misa bagi penyembuhan ini berakhir dengan Fr Michael mengangkat Sakramen Maha Kudus dalam monstrans untuk memberkati jemaat dalam katedral.

Saat rahmat yang menakjubkan

Dalam kenyataan terakhirnya, Fr Michael menyifatkan malam itu sebagai “saat rahmat yang menakjubkan”. 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yesus dan berkata ia adalah satu cara yang indah untuk memulakan musim Lent yang penuh berkat, kerana Misa itu diadakan pada ambang Hari Rabu Abu, iaitu permulaan bagi Musim Lent selama 40 hari. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: “Heal me O Lord, and I will be healed” – A special Mass with anointing of the sick

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.