Oleh Jane Frances Tan
KUCHING — Fr Larry Tan, SJ, seorang paderi Jesuit yang disayangi ramai dan melayan di Paroki Katedral St Joseph selama 10 tahun, telah meninggalkan Kuching untuk memangku jawatan baharu sebagai Pengarah Rohani di College General Major Seminary di Pulau Pinang.
Sejak beliau tiba di Kuching pada 2012, beliau telah menjadi figura yang dikenali penduduk Laman Sun Valley, khususnya keluarga-keluarga Katolik yang pertama menerima pelawaan Fr Larry dan paderi Jesuit lain untuk menghadiri Misa Pagi Sabtu di Bellarmine House, iaitu Pusat Jesuit di Kuching, dan masih berbuat demikian sejak itu.
Komuniti kejiranan di Laman Sun Valley itu sangat bersyukur kepada Fr Larry di atas penjagaan dan bimbingan rohaninya selama ini dan mendoakan segala yang terbaik bagi dirinya dalam misi baharunya di Pulau Pinang.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Laman Sun Valley Catholic Community bids farewell to Fr Larry Tan, SJ