By N. Chin
KUCHING — Pejabat Rektor Katedral St Joseph bersama Majlis Pastoral Paroki (PPC) menganjurkan Majlis Makan Malam Selamat Jalan dan Selamat Datang tertutup pada Isnin, 8 Julai 2024, di Kelab Sarawak.
Majlis itu diatur untuk mengucapkan selamat jalan kepada Fr Galvin Richard Ngumbang yang melanjutkan pengajian ‘Licentiate in Canon Law’ di Filipina.
Beliau berlepas ke Filipina pada 10 Julai lalu.
Kakitangan Paroki dan ahli Majlis yang hadir turut menggunakan kesempatan itu untuk mengalu-alukan Fr Davie Entalai yang telah ditugaskan ke Paroki Katedral pada 1 Julai lalu untuk menggantikan tempat Fr Galvin.
Antara tetamu jemputan yang menghadiri majlis makan malam itu adalah Uskup Agung Simon Poh, Uskup Agung Emeritus John Ha, beberapa paderi dan religius serta ibu Fr Galvin, Mdm Iris Ulat Pasa, dan beberapa anggota keluarganya.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Farewell Fr Galvin, Welcome Fr Davie