Season of Creation 2020

KUCHING — Dalam mesej beliau sempena MUSIM PENCIPTAAN 2020, Paus Francis memohon kepada semua orang Kristian untuk memperbaharui kepercayaan mereka kepada Allah yang mencipta, dan bergabung dalam doa dan kerja untuk menjaga “rumah umum” kita. Semenjak penerbitan ensiklik Laudato Sì pada tahun 2015, setiap tahun Gereja mendedikasikan masa untuk Musim Penciptaan, dan pada tahun 2020, Musim Penciptaan bermula pada 1 September sehingga 4 Oktober (Pesta Santo Francis dari Assisi). Ini merupakan acara ekumeni tahunan yang bertujuan untuk menjadi waktu bagi doa dan tindakan demi ‘rumah umum’ kita. Tema Musim Penciptaan 2020 adalah ‘Jubli Untuk Bumi’. 

Paus Francis memberi pesan kepada kita semua pada masa ini untuk hidup dalam semangat 5R: Remember, Return, Rest, Restore dan Rejoice (Ingat, Kembali, Rehat, Pemulihan dan Sukacita). 

1. Masa untuk Ingat (Remember)—Paus Francis mengajak kita untuk mengingati kembali kewujudan antara-hubungan kita. Berkenaan perkara ini, Paus memetik Laudato Sì, 70: “Segala sesuatu adalah saling berhubungan, dan penjagaan tulen bagi kehidupan kita sendiri dan hubungan kita dengan alam tidak dapat dipisahkan daripada persaudaraan, keadilan dan kesetiaan kepada orang lain”. 

2. Masa untuk Kembali (Return)—Paus kita memetik Santo Bonaventure bahawa “dunia ini diciptakan untuk memberitakan kemuliaan Allah, untuk membantu kita menemukan Tuhan segalanya di dalam keindahannya, dan untuk kembali kepadaNya”. 

3. Masa untuk Rehat (Rest)—Paus Francis mengundang umat Allah untuk beristirehat daripada pekerjaan biasa mereka dan membiarkan tanah ini sembuh dan bumi ini memperbaiki dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, pandemik COVID-19 telah menyebabkan kita untuk menemukan semula gaya hidup yang lebih sederhana dan lestari. 

4. Masa untuk Pemulihan (Restore)—Paus Francis mengungkapkan bahawa inilah masanya untuk mengembalikan keharmonian penciptaan yang asli dan untuk memulihkan hubungan manusia yang tegang. 

5. Masa untuk Sukacita (Rejoice)—Paus bersukacita melihat bagaimana Tahun Ulang Tahun Istimewa dari Laudato Sì telah mengilhamkan banyak kreativiti di kalangan semua orang Kristian untuk menjaga rumah umum kita dan orang miskin

Bagaimanakah keputusan harian kita mengenai makanan, pengangkutan, penggunaan air, elektrik dan bahan yang lain? Adakah kita bertindak zalim dengan penciptaan? Marilah kita berusaha untuk mengubah dan menerapkan gaya hidup yang lebih sederhana dan hormat. 

Kuching Archdiocesan Youth Commission 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.