Sambutan Hari Raya St Joseph Pekerja di Gereja St Joseph, Balai Ringin

Oleh Katekis Royston

BALAI RINGIN — 1 Mei lepas merupakan Hari Pekerja yang disambut oleh umat Gereja St Joseph di sini dengan memperingati pekerjaan St Joseph sebagai seorang tukang kayu. 

Sambutan sempena hari raya St Joseph Pekerja itu dihadiri seramai 90 orang dari beberapa buah kampung di bawah Zon Balai Ringin (kawasan Iban).

Misa Kudus Hari Raya St Joseph Pekerja, yang dirayakan oleh Fr Robert Jissem mengingatkan kita sebagai umat Katolik untuk bersatu dan mengeratkan hubungan dengan Tuhan dan antara satu sama lain.

Dalam Misa itu juga, Fr Robert sekali lagi mengingatkan umat Zon Balai Ringin bahawa bulan Mei adalah bulan bagi umat Katolik untuk berdoa Rosari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.