Sambutan Hari Ibu di Gereja Katolik St Ignatius, Saratok

Fr Joseph Chai memberkati ibu-ibu. (Gambar: Natalie Serani)

Oleh Jessica Ruja Anak Raphael

SARATOK — Tanggal 12 Mei 2024 merupakan hari yang paling bermakna buat insan yang bergelar ibu. 

Oleh itu, ahli-ahli perkumpulan Marian Guild telah menyambut Hari Ibu di Gereja Katolik St Ignatius di sini untuk merayakan hari buat insan teristimewa itu bagi mengukuhkan ikatan sesama umat dan kekeluargaan. 

Majlis sambutan Hari Ibu telah dimulai dengan pemberkatan para ibu oleh Fr Joseph Chai selepas merayakan Misa Kudus. 

Kemudian pemotongan kek turut diadakan bagi semua ibu yang hadir.

Aktiviti sampingan, seperti jualan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh ahli-ahli Marian Guild, telah memeriahkan lagi sambutan. 

Fr Joseph Chai memotong kek bersama ibu-ibu. (Gambar: Natalie Serani)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.