Renungan Prapaska di Gereja Holy Trinity Kenyalang

RENUNGKAN… Sister Zeilie berkongsi renungan Prapaska, dan suasana persiapan bagi Doa Jam Suci. (Gambar : Jessica Jane & Louis Hernandez)

Oleh Natteliana

KUCHING —Selepas merenungkan ibadat jalan salib dan doa rosari, umat turut menyertai program renungan Prapaska oleh Sister Zeilie dan Sister Augustine daripada perkumpulan Putri Karmel pada 14 Mac lalu.

Renungan Prapaska yang dianjurkan oleh Gereja Holy Trinity ini bertujuan untuk membuka hati saudara-saudari dalam Kristus agar memahami kebijaksanaan Tuhan secara lebih mendalam bagi mempersiapkan diri sempena musim Paska.

Antara persoalan yang diajukan oleh Sr Zeilie kepada umat yang seringkali mereka  tanya pada diri mereka adalah: “Adakah saya masih tidak merasa apa-apa perubahan sepanjang musim Prapaska? Adakah selama ini saya berpuasa dengan cara yang betul?”

Oleh itu, pada renungan ini, perkongsian Sr Zeilie telah menyedarkan semua umat bagaimana seharusnya mereka berpuasa dan berpantang. 

Puasa dan pantang adalah tanda pertaubatan, tanda penyangkalan diri, dan tanda umat menyatukan sedikit pengorbanan mereka dengan pengorbanan Yesus di kayu salib.

Berpuasa bukan bererti kita hanya makan kenyang satu kali, tetapi kita juga berpuasa daripada perkara yang kita suka lakukan, atau mengelak mana-mana perkara yang menjauhkan diri kita daripada Tuhan. 

Akhir sekali, renungan Prapaska ini diakhiri dengan Doa Jam Suci yang dipimpin oleh Rektor Gereja Holy Trinity, Fr Eugene SDB, bagi merenungkan semula segala dosa kita. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.