Semangat perpaduan dan hormat menghormati…
Oleh Sr Rose Wong, SSFS
Saya bersyukur kepada Persidangan Uskup Katolik Malaysia kerana memberi semua perkumpulan religius/kongregasi peluang untuk berkumpul bagi Perhimpunan Religius Malaysia. Kehadiran anda sewaktu program ini amat bermakna bagi kami. Ia adalah satu perjalanan yang agak panjang untuk bersiap-sedia bagi program ini, tetapi berbaloi kerana hasilnya memberikan inspirasi dan memuaskan, dan kami dapat merasakan aura positif dan kehadiran Tuhan ketika kami berinteraksi dengan satu sama lain.
Walaupun ia adalah kali pertama kami berhimpun, semangat perpaduan dan hormat menghormati dapat dirasai dengan kuat sepanjang perhimpunan. Selepas mendengar semua ceramah dan perkongsian daripada satu sama lain, saya harap kami akan semakin mengalami transformasi dalaman dan merancang semula khidmat pastoral kami menurut keperluan semasa (Gereja, keluarga, sosial dan ekologi).
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: REFLECTIONS…