LUNDU — Rekoleksi Pemimpin Umat bersama Pengerusi KGK telah berlangsung di Paroki Holy Spirit Lundu, Sabtu 19 Oktober 2024.
Rekoleksi ini ditumpukan khas kepada pengurusan jenazah di kampung. Semua gereja dalam Paroki Holy Spirit telah diwakili melibatkan 135 orang peserta kesemuanya.
Dengan terlaksananya program rekoleksi ini, semua pemimpin umat serta gereja kampung dapat menyempurnakan pengurusan jenazah dengan lebih keyakinan, menepati kehendak gereja.