Rekoleksi Pelayan Komuni Bukan Lazim Paroki St Ann Kota Padawan di Gereja St Michael, Teng Bukap

Rekoleksi Pelayan Komuni Bukan Lazim. (Gambar: Gereja St Michael, Teng Bukap)

Oleh Paroki St Ann

KOTA PADAWAN — Ministri Pelayan Komuni Bukan Lazim Paroki St Ann Kota Padawan di sini baru-baru ini mengadakan Program Rekoleksi Pelayan Komuni Bukan Lazim (PKBL) 2024 di Gereja St Michael, Teng Bukap pada 3 Ogos 2024.

Sesi kali ini bertemakan ‘Peranan Pelayan Komuni Bukan Lazim Sebagai Gembala Yang Baik Dan Benar’.

Program ini telah dimulakan seawal pagi jam 8.00 pagi dengan Misa Kudus.

Ia seterusnya bersambung dengan dua perkongsian dan taklimat yang ada kaitan dengan tema PKBL 2024.

Perkongsian bagi sesi pertama disampaikan oleh Katekis Joseph Juni manakala perkongsian kedua disampaikan oleh Friar Don Don Romero Ramerez, OFM.

Pada akhir program, sebuah siborium sumbangan PKBL Paroki St Ann Kota Padawan telah diserahkan secara rasmi kepada Friar Don Don selaku Rektor Gereja St Ann Kota Padawan.

Program yang dihadiri seramai 95 PKBL ini tamat jam 12.30 tengah hari.

Ia akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang sebagai satu program tahunan PKBL Paroki St Ann Kota Padawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.