Rasmi: Keuskupan Agung Kuching melanggan FORMED

Introducing the subscription service FORMED to the Archdiocese of Kuching. Photo credit: Audrey Yu

KUCHING — Selain siri ceramah dan renungan mengenai misi dan penginjilan, 114 orang peserta telah diperkenalkan kepada FORMED pada 17 Ogos lalu.

Renungan disampaikan oleh Pasukan FORMED dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur, diketuai Father John Gnanapiragasam dan dua pembantu beliau, Caroline Soon dan Alistair. Ia merupakan inisiatif Tahun Misionari oleh Pasukan FORMED KL, dalam kolaborasi dengan Pasukan Pembentukan Iman Keuskupan Agung Kuching di bawah kepimpinan Father Patrick Heng.

Keuskupan Agung Kuching telah melanggan FORMED. Uskup Agung Simon Poh, yang menghadiri semua sesi, menggalakkan semua orang – Katolik awam, katekis dan paderi – untuk mendaftar diri dan menggunakan sumber dalam FORMED dengan meluas dan sebanyak mungkin.

Pautan untuk daftar diri adalah: kuchingcatholic.formed.org.

FORMED merupakan khidmat langganan yang menawarkan akses kepada ribuan kajian, filem, audio dan e-buku. Ia mengandungi media digital dari lebih 40 penerbit kandungan Katolik yang terbaik, termasuk Augustine Institute, Ignatius Press, USCCB, Catholic Answers, EWTN, St Paul’s Centre, Marian Press, Sophia Press, Knights of Columbus, FOCUS, dan banyak lagi.

Buat masa sekarang, FORMED hanya menyajikan kandungan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol sahaja.

FORMED dapat diakses dari laman sesawangnya (formed.org) dan aplikasi telefon bimbit (iOS dan Android). Ia bukan sahaja alat penginjilan yang hebat, tetapi juga bagi kegunaan individu Katolik yang ingin menyelami kepercayaan mereka dengan lebih mendalam lagi.

Audrey Yu (Terjemahan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.