Program Doa Jalan Salib Persatuan Guru Katolik Daerah Serian

Guru-guru Katolik serta keluarga yang mengikuti Program Doa Jalan Salib di Taman Getsemani.

Oleh Imelda Nyaun

Berdoa di setiap Stesen Jalan Salib di Taman Getsemani.

SERIAN — Persatuan Guru Katolik Daerah Serian telah mengadakan program Doa Jalan Salib di Taman Getsemani, Paroki Bunan Gega Serian, pada 16 Mac 2024.

Seramai 29 orang guru serta ahli keluarga menyertai program ini yang diadakan sempena bulan puasa bagi umat Kristian Katolik.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru Katolik di Bahagian Serian selain untuk berdoa bagi mendekatkan diri kepada Tuhan dan sesama dalam tempoh bulan puasa ini. Selain daripada aktiviti Doa Jalan Salib, Misa Kudus juga telah diadakan dan dirayakan oleh Fr Leonard Yap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.