Program Ceramah Kesedaran Perkahwinan Seumur Hidup (Apa Yang Disatukan oleh Allah Tidak Boleh Dipisahkan Oleh Manusia)

SERIAN — Kadar perceraian yang berlaku dalam kalangan orang beragama Kristian sangat membimbangkan pihak Gereja. Oleh sebab itu, pada 29 Oktober 2022, seramai 34 peserta telah menyertai Ceramah Kesedaran Perkahwinan Seumur Hidup (Apa Yang Disatukan oleh Allah Tidak Boleh Dipisahkan Oleh Manusia) anjuran Family Life Ministry Paroki St Theresa Serian untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan umat tentang erti sebenar perkahwinan seumur hidup.

Untuk program ini, pihak paroki telah menjemput dua penceramah, iaitu Fr Peter Liston dan Stephanie Ng.

Dalam ceramah pertama yang berkaitan dengan teologi perkahwinan Kristian, Fr Peter menyentuh tentang empat jenis cinta dan memberi pengertian tentang perkahwinan dan pemberkatan perkahwinan oleh Gereja. 

Ceramah kedua telah disampaikan oleh Stephanie dari bahagian Tribunal Keuskupan Agung Kuching, di mana beliau bercakap mengenai konflik dalam hubungan antara pasangan, ahli keluarga dan rumah tangga, dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya dengan cara yang tepat. 

Program ini diakhiri dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Peter sebagai pemimpin utama dengan bantuan Fr Robert Jissem. 

Ceramah atau program seperti ini diharapkan dapat mengelak kes-kes perceraian dan mengurangkan kadar perceraian.

Family Life Ministry Paroki St Theresa Serian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.