Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian anjur Majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung Tritahunan

PENDIDIK BERIMAN… Guru-guru Katolik yang hadir pada Majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian merakamkan kenangan.

Oleh Imelda Nyaun

SERIAN — Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung Tritahunan di Hotel Roxy Serian pada Ahad, 5 Mei 2024. 

Seramai 31 orang guru menghadiri majlis tersebut yang diadakan untuk menghargai jasa ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Sesi 2022-2024, melaporkan aktiviti-aktiviti persatuan serta melantik barisan AJK Sesi 2024-2026.

Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru Katolik di Bahagian Serian.

Penyerahan tugas kepada Pengerusi AJK Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian Sesi 2024-2026, Cikgu Nixtion Oscar Raymond oleh Ketua Scrutineer, Cikgu Dennis Erwin Manung.
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi AJK Persatuan Guru Katolik Bahagian Serian Sesi 2022-2024.

Dalam pemilihan AJK Sesi 2024-2026, Cikgu Nixtion Oscar Raymond telah dilantik untuk menjadi Pengerusi, manakala Naib Pengerusi ialah Cikgu Damien Mpulop, Setiausaha ialah Cikgu Imelda Nyaun, Penolong Setiausaha ialah Cikgu Gladys Mindeng, Bendahari Cikgu Kon Walter, dan Penolong Bendahari Cikgu Tiong Moi Kui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.