Oleh Ivy Chai
KUCHING — Pusat Ibadat Ekumeni Kristian (CEWC) di Jalan Stampin telah dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah pusat vaksinasi COVID-19 pada 25 Jun lalu.
Uskup Agung Katolik Simon Poh, sebagai pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), dan dalam kolaborasi dengan UNIFOR, telah menawarkan penggunaan cawangan ACS yang memiliki kemudahan yang sesuai dan terletak di seluruh Sarawak, untuk program vaksinasi besar-besaran kerajaan.
Tawaran itu merupakan satu tanggungjawab korporat Kristian bagi rakyat di Kuching, dan untuk mempercepatkan vaksinasi dalam masyarakat desa bagi melindungi semua orang di Sarawak.
Pada 24 Jun lalu, sehari sebelum pembukaan rasmi, 321 orang dari industri berkaitan pelancongan telah divaksinasi.
Menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC), “seramai kira-kira 2,000 pemain industri sudah mendaftar secara sukarela menerusi majikan masing-masing untuk program vaksinasi selama empat hari pada 24-27 Jun 2021 di premis Persatuan Gereja-Gereja Sarawak di Jalan Stampin.
Klik di sini untuk borang permohonan Sukarelawan ACS-CEWC.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Association of Churches offers hall as PPV