Perkumpulan Franciscan Sisters beri Penghormatan kepada Sr Gemma Francisca Vong

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Sr Gemma Francisca Vong SSFS telah dipanggil pulang untuk hidup bersama Tuhan pada 22 Oktober 2022, jam 6.09 petang, di Hospital Pusat Jantung, Kota Samarahan. Beliau berusia 80 tahun.

Francisca Vong, dengan nama kaul Sr Gemma, dilahirkan pada 10 Oktober 1942, dan sudah tinggal di Rumah Santa Clara, rumah persaraan bagi golongan rohaniwati, sejak 2020.

Misa Pengebumian diadakan pada 24 Oktober lalu di Gereja Blessed Sacrament BDC, diikuti pembakaran mayat dan penguburan di Kolumbarium St Peter, Padungan.

Penghormatan daripada Sister-Sister St Francis Sarawak

“Kami, Sister-Sister, bersyukur kepada Tuhan di atas kehidupan Sr Gemma Francisca Vong, dan kami berdoa agar Tuhan “menghadapkan wajah-Nya kepadamu dan memberi kamu damai sejahtera”. (Bilangan 6:26)

Doa dipimpin oleh Fr Patrick Heng selepas penyimpanan jenazah ke dalam keranda di Home of Santa Clara.

Sr Gemma menghembus nafas terakhir dengan tenang selepas beliau dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pusat Jantung, Kota Samarahan, setelah mengalami masalah jantung selama bertahun-tahun.

Beliau (ketika itu Francisca Vong) belajar di Serian (Darjah 1-5) dan Sekolah St Theresa di Padungan, Kuching (Darjah 6). Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Teresa.

Beliau mengajar di Sekolah Rendah St Theresa dari 1 Januari 1966 – 9 Oktober 1976, dan selepas itu, beliau mengajar di Sekolah St Andrew hingga persaraan beliau pada 10 Oktober 1997.

Beliau mendapat latihan di Maktab Perguruan Rejang, Bintangor, pada masa cuti sekolah dari 1979 hingga 1982, selain menghadiri Kursus Bahasa Malaysia Khas, Institut Bahasa Kuala Lumpur, dari 30 Oktober 1989 – 24 November 1989.

Sr Gemma memasuki Biara di Padungan pada 6 Januari 1963, membuat Kaul Pertama pada 8 Ogos 1965, dan Kaul Terakhir pada 9 Ogos 1970.

Di sekolah, Sr Gemma memberi bimbingan agama kepada kanak-kanak dan menyediakan mereka bagi Komuni Kudus Pertama, selain kepada orang dewasa dan pasangan suami isteri. 

Walaupun sibuk sebagai ‘animator’ bagi komuniti Biara Mary Immaculate Padungan, beliau juga terlibat dalam Pelayanan Gereja bagi Gereja St Peter. Beliau merupakan promoter yang amat baik bagi badan ‘Joyful Vanguard’ dari 1978–1998 di Unit Paroki, Penasihat Rohani kepada Para Warden Gereja, dan Ahli Majlis Paroki Gereja St Peter, Padungan.

Beliau pernah menghadiri kursus-kursus berikut: 

  • Katekesis – Kolej St Peter, Kuching, pada 19 Januari 1990
  • Penginjilan – Peringkat-Peringkat Pertumbuhan, Februari–Mac 1990 (tiga minggu)
  • Penginjilan – Januari– Februari 1992 (tiga minggu)
  • Persidangan Kaunseling Kristian di Asia, yang diadakan di Singapura, 1995

Religius Yang Wajar Dicontohi

Sr Gemma adalah seorang religius yang wajar dicontohi, dan dengan pengalaman beliau dalam mengajar dan kaunseling Kristian, beliau telah dilantik oleh Majlis Umun SSFS bagi Kerja Formasi dalam kalangan Sister-Sister kami yang muda. Beliau menjadi Pengarah Sister-Sister Muda/Kaul Sementara, yang berpangkalan di Biara Padungan sejak Jun 1998.

Dari 2003 hingga Disember 2006, beliau ditugaskan ke Biara Sarikei ketika beliau masih memegang jawatan Pengarah Sister-Sister Muda. Beliau dipindah balik ke Padungan dan tinggal di Pusat Formasi Porziuncola dari Februari 2007 – Disember 2010.

Selepas itu, beliau dilantik untuk menjadi Penolong Pengarah Postulan yang tinggal di Rumah Formasi, Laman Rock, selama empat tahun sebelum beliau bersara daripada pelayanan aktif pada Januari 2016 dan dipindahkan ke Biara St Teresa.

Religius Yang Wajar Dicontohi
Bersama sepupu beliau, Sr Eulalia. Jubli Emas 2015.

Apabila beliau jatuh sakit dan mengalami beberapa isu kesihatan, beliau dipindahkan ke Rumah Santa Clara pada 22 Oktober 2020 sehingga Tuhan kita memanggil beliau pulang buat selama-lamanya, tepat dua tahun kemudian.”… Sister-Sister St Francis Sarawak

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Franciscan Sisters pay tribute to Sr Gemma Francisca Vong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.