Perayaan Jubli Perak – Pentahbisan Kepaderian Fr Patrick Heng

Fr Patrick Heng di Misa Pentahbisan Kepaderiannya, St Joseph’s Cathedral, Kuching - 18 Februari 2020. (Foto: Danison Manium)

Oleh Alan Chen

KUCHING — “Kemuliaan dan Pujian kepada Allah Kita.” Tarikh 18 Februari 2020 menandakan 25 tahun bagi pentahbisan kepaderian Fr Patrick Heng.

Untuk memperingati peristiwa yang menggembirakan ini, majlis makan malam telah diadakan pada 16 Februari di sebuah restoran tempatan bersama kira-kira 800 orang dari pelbagai paroki yang dekat dan jauh.

Majlis makan malam itu dimeriahkan oleh kehadiran Uskup Agung Simon Poh dan Uskup Agung Emeritus John Ha, selain paderi jemputan dari Malaysia Barat, Indonesia, Filipina dan Pakistan.

Dalam ucapan beliau, Fr Patrick mengucapkan terima kasih kepada semua di atas sokongan mereka selama 25 tahun beliau menabur bakti kepada jemaat Allah.

Beliau juga menambah, kasih dan penjagaan yang Allah berikan kepada beliau menerusi anggota paroki telah menjadikan beliau seorang paderi yang gembira walaupun beliau menghadapi segala macam cabaran.

Beliau berharap menerusi perkongsian beliau dalam buku kecil jubli, ramai orang muda boleh mendapat inspirasi untuk menimbang panggilan religius dan menjawab panggilan Allah.

Hiburan di majlis makan malam itu termasuk persembahan oleh Kumpulan Dayak Tabuan, Sekolah Minggu HTC, Pelayanan Belia Cina, Koir Gabungan, Majlis Pastoral Paroki dan kongregasi ‘Fransiscan Sisters’.

Misa Kesyukuran Jubli Perak Fr Patrick dirayakan pada 18 Februari lalu, hari ulang tahun pentahbisan beliau, di Katedral St Joseph.

Uskup Agung Simon Poh menyuarakan kesyukuran beliau dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga ‘Heng’ kerana memberi Fr Patrick untuk melayani jemaat Allah.

Uskup Agung Emeritus John Ha dalam homili beliau, menegaskan dedikasi Fr Patrick sebagai seorang pelayan altar mesti telah memberikan beliau pengalaman yang sangat mendalam akan kasih Allah bagi beliau terutamanya dalam Ekaristi Kudus.

Ia pasti telah menarik sesuatu yang sangat kuat di dalam diri beliau sehinggakan beliau membuat keputusan untuk melepaskan masa depan yang sangat cerah dalam dunia sekular, kerana beliau nampak masa depan yang jauh lebih cerah di dalam tangan Allah di kebun anggurNya.

Beliau seterusnya menambah bahawa kegembiraan yang dialami Fr Patrick, adalah pengesahan Allah bahawa Dia mengasihi kita tanpa sebarang syarat.

“Kasih melahirkan Kasih” (Kasih Allah bagi saya melahirkan kasih saya bagi Allah dan kasih saya bagi orang lain).

Mengasihi orang lain bermakna mengasihi Allah dan itu membawa kegembiraan.

Ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada Fr Patrick Heng dan terima kasih di atas pelayanan kasih anda selama 25 tahun bagi semua kami. Kami mendoakan anda bertahun-tahun lagi di dalam pelayanan ini bagi Kasih Allah dan bagi umatNya. Doa kami menyertai anda selalu. Gloria et laus.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Fr Patrick Heng celebrates Silver Jubilee of Sacerdotal Ordination

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.