Oleh Ivy Chai
KUCHING — Sebagai sebahagian daripada siri ceramah tahunan mereka tentang penyembuhan keluarga, perkumpulan ‘Servant Communities Emmaus’ mengendalikan Seminar Penyembuhan Keluarga di Dewan Gereja Blessed Sacrament (BSC) pada 18–21 April lepas.
Majlis Pastoral Keuskupan Agung Kuching pada awal tahun ini, dalam kerjasama dengan Emmaus, telah menganjurkan Divine Lenten Healing Retreat (Retreat Penyembuhan Lent Ilahi) dari 29 Februari hingga 2 Mac lalu di BSC.
Retreat Lent dikendalikan oleh dua paderi Vincentian, Fr Dr Michael Payyapilly, VC dan Fr Shinu Vithayathil, VC.
Ekaristi adalah Sakramen Penyembuhan
Dalam ucapan pembukaannya di Seminar Penyembuhan Keluarga, Rektor BSC yang juga Ketua Gembala Emmaus, Fr Leonard Yap, menekankan kepentingan menerima ‘Roti Kehidupan—Ekaristi’.
Ekaristi merupakan salah satu Sakramen Penyembuhan dan “sumber kehidupan Kristian kita” yang diberikan oleh Yesus sendiri dalam Misa dan merupakan “Kasih Tuhan”, tegas Fr Leonard.
Para peserta harus meminta bimbingan daripada Roh Kudus untuk menemukan “kelaparan” mereka bagi perkara yang tiada dalam kehidupan mereka.
Dalam pengenalannya kepada Penyembuhan Keluarga, Penasihat Emmaus, Pauline Lim, berkata seminar itu dimulakan oleh paderi Katolik dari Uganda, Fr Joseph Ssemakula (lebih dikenali sebagai Fr Yosefu) yang berpangkalan di Pensacola, Florida, yang sudah mengendalikan Seminar Penyembuhan Keluarga di seluruh dunia.
Sejak Seminar Penyembuhan Keluarga pertama di Kuching kira-kira 10 tahun lalu, Emmaus telah mengendalikan seminar ini setiap tahun.
Ceramah Penyembuhan Keluarga yang disampaikan oleh ahli-ahli Ministri Mengajar Emmaus, meliputi topik-topik mengenai Spiritual Warfare (Perang Rohani), Image of God (Gambaran Tuhan), Free Will (Kehendak Bebas), Cardinal Points (Perkara-Perkara Utama), Access Points (Perkara-Perkara Akses), Scriptures (Kitab-Kitab) dan Christ Our Way Out (Kristus, Jalan Keluar Kita).
Para peserta seminar, yang kebanyakannya hadir buat pertama kali, datang dengan perasaan bercampur baur, tetapi pulang berapi-api dan penuh harapan dengan pengetahuan bahawa sumpahan, dosa dan akibat dosa leluhur mereka dapat disembuhkan kerana kerahiman dan kasih Tuhan yang berbelaskasihan.
Mereka belajar bahawa keengganan memaafkan, trauma dan cengkaman keluarga boleh menyumbang kepada cabaran yang menghantui kehidupan mereka.
Testimoni
Segelintir peserta mengalami “kemajuan dalam perhubungan” manakala peserta lain menyatakan mereka kini sedar tentang sebab-sebab tertentu di sebalik “cabaran degil” yang sering dihadapi mereka dan keluarga mereka.
Di bawah adalah beberapa komen mereka:
Seminar ini amat bagus dan ia memberikan kita harapan bahawa tiada yang mustahil bagi Tuhan. Ia membuka mata kita untuk melihat bahawa begitu banyak perkara yang kita buat dapat membahayakan keluarga kita apabila kita membuka pintu kepada si jahat untuk masuk, dan kita mesti berhati-hati dan sensitif kepada apa sahaja yang kita alami di luar, bukan untuk menyinggung perasaan orang lain dan akibat yang kita perlu alami.
Dalam keluarga saya pada suatu ketika dahulu, saya sangka ia agak mustahil untuk memperbetulkan sumpahan dan kebodohan lelulur kita kerana ia sama sekali mustahil untuk tahu nama nenek moyang kita dan malah lebih mustahil lagi untuk tahu apa yang mereka buat.
Di Seminar Penyembuhan Keluarga, saya menemukan harapan itu. Pujian Tuhan bagi seminar ini!
Selain Pauline Lim, anggota lain Ministry Mengajar Emmaus yang menyampaikan ceramah adalah Ketua Pelayan Emmaus, Christina Eng, Thomas Ngu, John Wong dan Ivy Chai.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: HoF: Understanding the Consequences of Sin