Penghormatan kepada Sr Martina Frances SSFS

Oleh Ivy Chai

Semangatnya telah memberi inspirasi kepada kami dan kami mengagumi dedikasi beliau.”

KUCHING  Pada 13 April 2021, PerkumpulanSisters of St Francis of Sarawak’ (SSFS) mengumumkan bahawa Sr Martina Frances telah dipanggil pulang dengan tenang oleh Tuhan kita pada jam 7.00 malam, selepas sekian lama sakit.

Beliau telah tinggal di ‘Home of Santa Clara’, yang terletak di belakang Gereja Blessed Sacrament, BDC, sejak Mac 2011.

Sr Martina (Catherine Simin ak Francis) dilahirkan pada 9 Mac 1930 di Kpg Sudoh, Singai, Bau kepada Francis Nyiban dan Veronica Riah.

Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah St Michael, Sudoh sebelum beliau berpindah ke Sekolah St Teresa, Kuching.

Panggilan kepada Kehidupan Religius

Catherine merupakan gadis Bidayuh pertama yang menyertai SSFS sebagai postulan (calon religius) pada 22 Disember 1949.

Selepas diterima, beliau meneruskan pembentukan beliau di dalam Novisiat pada 22 Disember 1950 dan diberi nama Sr Martina.

Beliau membuat ikrar kaul pertama pada 5 Januari 1953 dan membuat Pengakuan Pertama beliau pada 19 Ogos 1958.

Sr Martina ditugaskan ke banyak stesen luar di mana beliau terbabit dalam banyak kerasulan.

Ini termasuk mengajar di sekolah rendah, tadika, dan malah membantu di klinik bersalin dan menjaga kanak-kanak kecil di taska.

Minat beliau dalam penjagaan pastoral, khususnya menjaga anak yatim dan balu, bermula ketika beliau masih muda lagi. Ini dilanjutkan kepada kerja pastoral yang dijalankan secara aktif, tidak kira di mana beliau ditugaskan.

Beliau pernah berkhidmat di Biara St Teresa (Kuching), Biara St Francis (Sarikei), Biara Mary Immaculate (Padungan), Biara St Joseph (Serian), Biara St Martha (Bunan Gega), dan Biara St Rita (Bau).

Masa muda … Sr Martina ketika muda (4 kanan) di Biara St Rita, Bau.

Sr Martina terus tinggal di Biara St Rita selama bertahun-tahun selepas beliau bersara, dan masih aktif membantu di gereja, tetapi tidak begitu meluas kerana usia dan keadaan fizikal yang semakin tidak sihat.

Beliau terkenal sebagai seseorang yang enggan melepaskan peluang yang diberikan untuk mendaki Gunung Singai, tempat kelahiran beliau.

Beliau suka sekali melawat keluarga, berkebun dan menjahit, dan memiliki karisma untuk menyantuni keluarga dan membantu dengan apa jua cara yang termampu.

Sr Martina meraikan Ulang Tahun Pengakuan beliau yang ke-60 pada 10 Ogos 2013 di Home of Santa Clara.

Perjalanan kepada Kehidupan Abadi

Upacara pengebumian Sr Martina pada 15 April lalu diadakan di Home of Santa Clara, yang dipimpin oleh Uskup Agung Kuching, Simon Poh, dan hanya dihadiri orang terpilih sahaja untuk mematuhi SOP COVID-19.

Mendiang kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Katolik di Batu 7 1/2, Kota Sentosa, Kuching.

BERSEMADI DENGAN DAMAI … Sr Martina Frances SSFS (09/03/1930 – 13/04/2021). Semoga beliau bersemadi dengan damai.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Tribute to Sr Martina Frances SSFS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.