Penerima Sakramen Penguatan diingatkan bahawa mereka sudah menjadi milik Yesus semenjak menerima Sakramen Pembaptisan

Pelajar Sekolah Minggu dan calon-calon RCIA dari Gereja Our Lady Star of the Sea, Bintawa dengan Uskup Agung Simon Poh. (Foto: Benildus Ting)

Oleh Kattelia Shim & Jane Chiong

KUCHING — Pada 6 November 2022 yang lalu, Gereja St Peter, Padungan telah diserikan dengan kehadiran Uskup Agung Simon Poh di dalam sebuah perayaan Misa Khas dimana beliau telah memberikan Sakramen Penguatan kepada 68 orang calon. Di dalam homilinya, Uskup Agung bercerita tentang keistimewaan Roh Kudus yang telah dikurniakan kepada mereka semua melalui Sakramen Penguatan. Beliau menyingkap pengalaman peribadi beliau dipimpin oleh Roh Kudus semasa berlakunya satu kejadian yang tidak dijangka selepas selesainya prosiding perbicaraan di mahkamah kira-kira empat tahun yang lalu. 

Beliau juga mengingatkan para penerima Sakramen Penguatan bahawa mereka telahpun menjadi milik Yesus Kristus semenjak hari pembaptisan dan seterusnya sepanjang perjalanan hidup mereka; melalui perjamuan suci pertama mereka, melalui Sakramen Perkahwinan, sehinggalah hari-hari terakhir mereka di dunia ini nanti.

Selepas Penguatan - Penerima lelaki dari Gereja St Peter bergambar bersama Uskup Agung Simon Poh

Seramai 42 orang daripada calon tersebut merupakan pelajar Sekolah Minggu dari Gereja St Peter, Padungan manakala 26 orang lagi calon terdiri daripada pelajar Sekolah Minggu dan RCIA dari Gereja Our Lady Star of the Sea, Bintawa. 

Sesi bergambarPenerima perempuan dari Gereja St Peter dengan Uskup Agung Simon Poh selepas Penguatan

Akhir sekali Uskup Agung Simon Poh meminta bekas-bekas pelajar, para ibu bapa dan semua umat di gereja agar tampil kehadapan dan berkhidmat di Sekolah Minggu dan RCIA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.