Pemberian insentif kepada pelajar lepasan SPM dan STPM tahun 2023

Kenangan ahli Marian Guild bersama pelajar-pelajar yang menerima insentif pelajar cemerlang. (Gambar: Stephanie Endik)

Oleh Dorris Manjan

SARATOK — Pada 12 Oktober lalu, perkumpulan Marian Guild Gereja Katolik St Ignatius di sini memberi insentif kepada lima pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023. 

Lima pelajar tersebut telah melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kolej Tingkatan Enam.

Pemberian insentif ini merupakan aktiviti tahunan Marian Guild untuk memberi galakan kepada pelajar St Ignatius supaya mereka terus maju jaya dalam pelajaran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi. 

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan anak-anak mereka selain menerapkan kerohanian di dalam keluarga. 

Insentif ini telah disampaikan oleh Fr Jerome Juleng. 

Fr Jerome Juleng (tengah) bersama Puan Dorris Manjan (kanan) menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM bagi tahun 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.