Pelantikan baharu: Presiden Persidangan Uskup berkongsi renungan

Gambar: https://www.facebook.com/CatholicsAtHome

Kedua-dua presiden yang baharu dipilih bagi Persidangan Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei (CBCMSB) dan Persidangan Uskup Katolik Malaysia (CBCM) membahagikan buah fikiran mereka tentang peranan kepimpinan baharu mereka. 

Pelantikan sebagai Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia-Singapura-Brunei (CBCMSB)

Uskup Agung Julian Leow dari Kuala Lumpur

Sebagai Presiden Persidangan Malaysia-Singapura-Brunei, saya harap pertimbangan dan keputusan yang kami sebagai uskup-uskup buat dapat disusuli oleh suruhanjaya berkenaan. Kita harus bekerjasama dengan suruhanjaya lain dan menggunakan kekuatan satu sama lain.

Struktur adalah penting untuk memberi kerangka kerja bagi bagaimana keputusan dibuat dan dilaksanakan. Individu yang cekap harus ada untuk melaksanakan dan menyusuli keputusan ini secara sistematik sehingga membuahkan hasil.

Saya berharap untuk melihat CBC-MSB memainkan peranannya pada peringkat Asia dan juga peringkat sejagat (universal). Persidangan tiga buah negara yang kecil ini mempunyai seorang kardinal dari setiap negara selain seorang lagi bagi Malaysia hanya seminggu lalu untuk jumlah empat kardinal, tetapi dua sudah meninggalkan semua kita terlalu awal. Saya menjangka CBC-MSB akan menyumbang kepada Gereja di Asia khususnya dengan pembabitan uskup yang aktif dalam pelbagai suruhanjaya. 

Sebagai sebuah persidangan yang kecil, kita mesti juga menjaga golongan kecil dalam kalangan kita. Melindungi kanak-kanak dan golongan rentan adalah tinggi dalam senarai keprihatinan. Menjaga golongan miskin dan terpinggir mesti juga diketengahkan bagi perhatian dan fokus kita.

Saya berdoa agar CBC-MSB akan terus memainkan peranan di pentas dunia sejagat selain memberi perhatian terperinci kepada keperluan golongan rentan dalam kalangan kita. Kita berjalan bersama-sama dengan hati yang terbuka kepada perubahan ekologi untuk melindungi dan menghormati Bumi.

Pelantikan sebagai Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia (CBCM)

Uskup Agung Simon Poh dari Kuching

Kita menyedari bahawa Gereja di Malaysia hidup pada zaman yang penuh dengan cabaran besar. Pandemik selama tiga tahun yang lepas telah membawa penderitaan dan kesusahan kepada keluarga miskin. Iklim yang berubah dengan tempoh kering yang lebih lama dan taufan yang lebih kencang menjejaskan tanam-tanaman. Selain itu, masa depan yang tidak menentu dan situasi politik telah menyaksikan peningkatan dalam fundamentalisme (fahaman melampau) di mana politik perkauman dan keagamaan mengancam untuk menggugat kestabilan kerajaan dan ekonomi.

Keinginan saya adalah untuk melihat Gereja Katolik di Malaysia—dalam kerjasama dengan umat Kristian dan rakyat yang berniat baik daripada semua agama—menyumbang kepada usaha membina negara bangsa. Semoga kita membina sebuah negara Malaysia di mana hak-hak dan kebebasan setiap warga negara—tanpa mengira kaum, budaya, agama dan kepercayaan—ditegakkan dan dihormati, seperti termaktub dalam Rukun Negara, dengan cita-cita seperti berikut: 

• Mencapai dan memupuk perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan masyarakat;

• Memelihara cara hidup yang demokratik;

• Mewujudkan masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; 

• Memastikan pendekatan yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai; dan

• Membina masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden. 

Bersama Uskup-Uskup Katolik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, Gereja Katolik komited untuk bekerja bagi keamanan dan keharmonian selain bertindak terhadap krisis iklim semasa. Kami akan melaksanakan kepimpinan rohani dan moral kami untuk menyumbang kepada kebaikan semua bangsa dan tanah air kita, Malaysia.

Sumber mengenai Rukun Negara dari Portal Penerangan Malaysia: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: New Appointments: Bishops’ Conference Presidents share Reflections

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.