Peguam Katolik Kuching hadiri Misa Merah untuk merasmikan tahun kehakiman baharu

Peguam-peguam dengan Uskup Agung Kuching Simon Poh dan Fr Felix Au selepas Misa Merah. (Foto: Stephanie Chua)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Pada 4 Januari lalu, lebih 40 orang peguam yang memakai jubah mahkamah dan diiringi keluarga masing-masing, menghadiri Misa Merah di Gereja Blessed Sacrament BDC untuk berdoa bagi tahun kehakiman baharu.

Misa votif kepada Roh Kudus itu dipimpin oleh Uskup Agung Kuching Simon Poh dan dirayakan bersama oleh Father Felix Au.

Ia dipanggil Misa Merah kerana merah adalah warna yang melambangkan lidah api Roh Kudus seperti yang disaksikan oleh para rasul pada Hari Pentekosta, selain menjadi warna jubah yang dipakai oleh hakim diraja pada waktu Misa berabad-abad yang lalu di eropah pada Zaman Pertengahan Tinggi.

Bagi para peguam Kuching, ia sudah menjadi kebiasaan untuk berhimpun setiap tahun dan bersembahyang dalam Misa Merah sejak 2015.

Uskup Agung Simon, dalam ucapannya kepada kongregasi, berkata Misa itu bertujuan untuk memohon bantuan dari Roh Kudus untuk memastikan fraterniti guaman adalah fokus selain memohon rahmat dan bimbingan menerusi mesej Injul, bagi semua yang menuntut keadilan. Beliau menyeru kepada semua untul berdoa bagi satu sama lain.

Kedamaian, kata prelatus itu, bermula di dalam hati setiap orang. Sambil memetik perutusan kedamaian bagi dunia daripada Pope Francis pada 1 Januari lalu, Uskup Simon berkata: “Semua orang muhibah mesti melangkaui keinginan peribadi dan belajar untuk melihat satu sama lain sebagai manusia, sebagai putera dan puteri Tuhan, sebagai saudara-saudari. Hanya bila kita memilih laluan hormat ini baharulah kita dapat menamatkan lingkaran dendam dan memulakan perjalanan haram yang membina keamanan.”

Uskup Agung itu menambah Gereja bersikap berkecuali dalam politik, tetapi para pemimpinnya mahu mewujudkan nilai-bilai Injil yang menggalakkan belas kasihan, pengampunan, keadilan, dan membina masyarakat yang adil, lemah lembut dan suka berdamai.

Beliau menamatkan ucapannya dengan menjelaskan akronim L.A.W., adaptasi beliau sendiri daripada Kitab Mikha 6:8:

L – Love tenderly (Mengasihi dengan lemah lembut)

A – Act justly (Bertindak dengan adil)

W – Walk humbly with God (Berjalan dengan rendah hati bersama Tuhan)

Uskup Agung berkata: “Jika kita menggunakan hukum ini, Tuhan akan menggunakan kita untuk membawa perubahan dalam masyarakat.”

Misa berakhir dengan nyanyian oleh para peguam kepada St Thomas Moore, santo penaung peguam.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Catholic lawyers attend Red Mass to mark opening of new judicial year

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.