Paus: Gereja memerlukan kerasulan pencegahan untuk melindungi kanak-kanak daripada pencabulan

Pope Francis speaks in Spanish in a video message to Catholic leaders taking part in a safeguarding course at the Pontifical University of Mexico in Mexico City. (CNS photo/Pontifical University of Mexico YouTube channel)
Pope Francis bercakap dalam bahasa Sepanyol dalam pesanan video kepada pemimpin Katolik yang menyertai satu kursus pelindungan di Universiti Pontifikal Mexico di Kota Mexico. (CNS photo/Pontifical University of Mexico YouTube channel)

KOTA VATIKAN — Pencegahan merupakan kunci dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak daripada pencabulan, kata Pope Francis.

Pelindungan bagi kanak-kanak merupakan satu perkara yang serius dan apa yang diperlukan adalah “kerasulan pencegahan”, katanya dalam satu pesanan video kepada pemimpin Katolik yang mengambil bahagian dalam satu kursus pelindungan di Universiti Pontifikal Mexico.

Kursus selama sebulan itu, yang berakhir pada 27 Julai, ditaja oleh Pusat bagi Formasi dan Penyelidikan Antara Disiplin bagi Pelindungan Kanak-kanak, yang bekerja sama dengan Pusat Pelindungan Kanak-kanak di Universiti Gregorian Pontifikal, Rom.

Pope Francis menyapa peserta dan memuji kursus itu dalam video ini, yang diposkan dalam bahasa Sepanyol pada 20 Julai di laman Vatican News.

Kursus ini adalah “penting bagi semua kanak-kanak supaya tidak ada sesiapa pun mencabul mereka, agar tidak ada sesiapa pun menghalang mereka daripada Yesus”.

“Sesiapa sahaja – sama ada mereka adalah religius, umat awam, uskup atau sesiapa sahaja – yang menghalang kanak-kanak daripada Yesus mesti dihentikan daripada sikap-sikap mereka, diperbetulkan jika kita sempat, atau dihukum jika ia melibatkan jenayah,” katanya.

Sama seperti orang sudah melihat cara untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya penyalahgunaan dadah, perspektif sama diperlukan untuk meneliti “cara bagi melindungi kanak-kanak daripada dicabul”, katanya.

Pendekatan pendidikan bagi tujuan pencegahan dan fokus kepada kanak-kanak adalah penting, katanya, untuk membantu kanak-kanak selamat di mana sahaja dia pergi, kerana pencabul atau pengedar dadah mungkin ada di mana-mana.

Semua pesalah sedemikian mengamalkan “satu bentuk korupsi”, dan kanak-kanak perlu selamat daripada setiap jenis kesalahan, bukan hanya pencabulan seksual sahaja, katanya.

CNS (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Pope: Church needs apostolate of prevention to protect minors from abuse

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.