Pasukan RB FT juara Karnival Bola Sepak Gereja St Ann 2024

Pasukan The Legend FC dan All Star FC bergambar sebelum mengadakan perlawanan khas. (Gambar: St Ann Media & Micklong Studio)

Oleh Khannasha Claudyia Anak Kenedy

KOTA PADAWAN — Pasukan RB FT menjuarai Karnival Bola Sepak St Ann 2024 setelah berjaya menewaskan pasukan St Clare.

Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan perlawanan khas di antara The Legend FC dengan pasukan All Star FC pada hari terakhir, iaitu 22 Julai 2024.

Penampilan khas Uskup Agung Simon Poh selaku penjaga gol menambahkan lagi seri karnival pada tahun ini.

Pasukan RB FT dan St Clare berdoa sebelum berentap dalam perlawanan peringkat akhir.
Uskup Agung Simon Poh selaku penjaga gol.

Karnival Bola Sepak Gereja St Ann 2024 diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang disaksikan oleh penonton yang hadir.

Ia disempurnakan oleh Uskup Agung Simon, dan berakhir pada jam 4 petang.

Dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak, karnival ini pasti akan menjadi satu acara tahunan yang dinanti-nantikan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.