Parti Krismas Kanak-kanak 2023

Oleh Ministri Liturgi Kanak-Kanak Santa Anna

KOTA PADAWAN — Apa itu Hari Krismas? 

Pada pandangan ramai, Hari Krismas terkenal dengan Santa Claus atau pertukaran hadiah antara satu sama lain. 

Sebenarnya, Hari Krismas merupakan hari yang dirayakan oleh setiap umat Kristian di setiap pelosok dunia untuk memperingati kelahiran Sang Juruselamat iaitu Tuhan Yesus ke dunia.

Gereja Katolik St Anna telah mengadakan program Parti Krismas Kanak-kanak pada 9 Disember 2023. 

Program tersebut disertai oleh kanak-kanak berumur empat sehingga 12 tahun. 

Seperti apa yang dikatakan, program itu disambut seramai 320 peserta dan dibantu oleh Ministri Liturgi Kanak-kanak, Ministri Warden serta Ministri Ladies Guild Santa Anna.

Program itu diadakan untuk mengajar kanak-kanak tentang maksud Hari Natal dengan lebih mendalam. 

Pelbagai aktiviti dan permainan diadakan semasa program tersebut. 

Melalui program tersebut, kanak-kanak dapat berkumpul bersama-sama untuk mengenali satu sama lain sama ada berlainan umur atau jantina. 

Mereka juga berjaya menjalinkan persahabatan dan menunjukkan kerjasama sebagai satu kumpulan semasa aktiviti berkumpulan.

Selain daripada itu, aktiviti nyanyian lagu Krismas dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar mengekspresikan diri mereka dalam memuji kelahiran Tuhan Yesus.

Oleh yang demikian, aktiviti itu dapat mengajar mereka untuk bertumbuh dalam iman dan kerohanian serta memberi kesan positif yang lain kepada kanak-kanak.

Secara keseluruhan, program itu dapat menjadi medium sebagai penarik minat serta meluaskan pemahaman mereka terhadap erti Hari Krismas yang sebenar. 

Tambahan pula, program itu juga dapat mengeratkan hubungan antara pelayan ministri yang terlibat dalam program tersebut.

Para pelayan Ministry Liturgi Kanak-kanak Santa Anna ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu kepada semua umat Katolik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.