Paroki St Stephen sambut harijadi ke-80 Fr Sepp dengan Misa dan Majlis Makan Malam

SELAMAT HARIJADI, FR SEPP… Fr Sepp meniup lilin pada kek harijadinya yang ke-80, disaksikan oleh Uskup Agung Simon Poh (dua kanan), Rektor St Stephen, Fr Peter Liston (dua kiri), Fr Paul Herry (kiri), Pengerusi Ladies Guild St Stephen, Malini Ebot, dan Fr Augustine Jepy (kanan sekali). (Gambar: Charles Molujin)

Oleh Nathan Achuk & Charles Molujin

BAU — Pada 4 Jun lalu, Paroki St Stephen telah meraikan harijadi ke-80 Fr Josef Schmolzer, MHM (lebih dikenali sebagai Fr Sepp) selepas Misa yang dipimpin oleh Uskup Agung Simon Poh.

Fr Sepp mempunyai sejarah yang panjang dengan paroki-paroki Bau-Lundu, iaitu tempat beliau berkhidmat pada tahun 1980-an. Beliau tiba di Keuskupan Agung Kuching pada pertengahan Mei lalu untuk lawatan selama tiga minggu di mana beliau telah merayakan Misa di Corpus Christi dan menyertai perarakan merentasi bandar Bau selain Misa di gereja-gereja paroki setempat.

Majlis Makan Malam ala ‘potluck’ telah dianjurkan oleh Majlis Gereja St Stephen, yang dihadiri oleh umat dari 49 gereja, di Dewan Father Joachim Pang. Pada majlis tersebut, Fr Sepp menerima pemberian kasih daripada semua gereja, yang telah diserahkan oleh Fr Sepp kepada Majlis Paroki.

Kisah kehidupan dan pelayanan Fr Sepp di Bau dibaca oleh Vincent Eddy, yang menonjolkan peranan penting yang dimainkan oleh Fr Sepp dalam pembinaan Pusat Peringatan dan Ziarah Katolik (CMPC) di Gunung Singai. 

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Parish celebrates 80th birthday of visiting priest Fr Josef Schmolzer with Mass and Dinner

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.