Paroki Sri Aman anjur Pertandingan Pengetahuan Al-Kitab

AKU TAHU … Peserta memberikan respon yang pantas apabila soalan dibuka kepada semua. (Foto: Adrian Anggang)

Oleh Fabian Dickson

SRI AMAN — Seramai 12 peserta yang mewakili seluruh zon di bawah naungan Paroki Our Lady Queen of Peace Sri Aman telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengetahuan Alkitab yang julung kali diadakan anjuran Pelayanan Belia Paroki (PYM) dengan kerjasama Pelayanan Belia Katolik (CYM) Peringkat Zon. 

Sebanyak empat pasukan CYM bertanding iaitu dari Zon Sri Aman, Zon Betong, termasuk Pelayanan Kampus PoliMetro Betong, dan Zon Saratok. 

JAWAPANNYA … Peserta dari Zon Sri Aman menjawab soalan yang diajukan oleh Diakon Henry.
TAHU TAK … Diakon Henry membacakan soalan kepada peserta.
SUKACITA DI HATIKU … Pengerusi PYM Our Lady Queen of Peace Sri Aman, Antonious Remon, mengetuai peserta dalam sesi ‘Sing Along’.

Acara tersebut berlangsung di Gereja Our Lady Queen of Peace di sini, dimulai dengan sesi ‘Sing Along’ yang diketuai Antonius Remon iaitu ketua PYM Our Lady Queen of Peace Sri Aman.

Turut memeriahkan acara adalah Fr Joseph Chai, Sr Genevieve dan jemaat gereja, yang memberi sokongan kepada pasukan pilihan mereka. 

Objektif program tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia tentang pengetahuan Al-Kitab dan pengetahuan am berhubung Gereja Katolik.

Ia diakhiri dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Joseph. 

Beliau mengumumkan keputusan pertandingan selepas Misa dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

Pertandingan itu telah dimenangi pasukan St Ignatius Saratok, diikuti pasukan Holy Family Betong di tempat kedua, dan pasukan Our Lady Queen Of Peace Sri Aman di tempat ketiga, manakala Pelayanan Kampus PoliMetro Betong menerima saguhati.

KIRA BETUL … Juri mengira markah bagi setiap kumpulan ketika pertandingan dijalankan. (Semua foto: Adrian Anggang)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.