Oleh Marshal Pitchey
SRI AMAN — Seperti paroki lain dalam Keuskupan Agung Kuching, umat Gereja Our Lady Queen of Peace di sini turut melancarkan bulan rosari pada 1 Oktober lepas.
Seramai 85 umat berhimpun di shrine Our Lady Queen of Peace’.
Mereka membawa keluarga masing-masing untuk sama-sama berdoa dalam suasana hening yang harmonis.
Selain itu, mereka juga diperkenalkan kepada devosi atau kebaktian Bonda Maria dan diajak meneladani bonda dengan sepenuh hati.
Tradisi amalan ini diharapkan dapat diteruskan sepanjang masa untuk memperkuatkan lagi iman mereka.