Paroki OLQP anjur Kursus Persiapan Perkahwinan

TAHNIAH… Semua peserta bergambar selepas menerima sijil pada akhir Kursus Persiapan Perkahwinan. (Semua gambar: Colin Robert)

Oleh Colin Robert

SRI AMAN — Pada 4 hingga 5 November yang lalu, Gereja Our Lady Queen of Peace (OLQP) di sini telah mengadakan Kursus Persiapan Perkahwinan Sesi Ketiga buat tujuh pasangan dari kawasan sekitar dan luar Sri Aman.

Kursus tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerasulan Keluarga Paroki OLQP dan dimulakan dengan doa pembukaan oleh Paderi Paroki, Fr Joseph Chai. 

MENABUR BENIH… Fr Joseph Chai berkongsi ilmu dengan peserta agar lebih memahami tentang Perjanjian Perkahwinan.

Ceramah pada hari pertama bertajuk Perjanjian Perkahwinan yang disampaikan oleh Fr Joseph, disusuli dengan ceramah kedua Perkahwinan di Malaysia daripada Philip Peter Salam. 

Ceramah ketiga pula bertajuk Pengurusan Kewangan Dalam Perkahwinan Katolik disampaikan oleh John Castello Tegong. 

Ia diikuti dengan ceramah Perancangan Keluarga dan Seks Dalam Perkahwinan yang disampaikan oleh Rita Rosly dan Rosnie Anih. 

ENCERAHAN… Fr Henry berkongsi tentang undang-undang perkahwinan menurut ajaran Gereja Katolik.

Ceramah berikutnya yang bertajuk Undang-undang Menurut Ajaran Katolik telah disampaikan oleh Fr Henry Jimbey, diikuti dengan sesi soal jawab.

Pada sebelah petang, sesi bersambung dengan ceramah bertajuk Kerohanian Perkahwinan Katolik oleh Katekis Grace Amy dan diakhiri dengan ceramah Kerohanian Keluarga Katolik yang disampaikan oleh Colin Robert Lanuk.

Pada hari kedua, aktiviti dimulakan dengan Perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Joseph.

Selepas itu, ceramah Alkitab Sebagai Panduan Hidup Berkeluarga disampaikan oleh Katekis Grace Amy. 

Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta selain sesi bergambar. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.