Niat doa Paus pada Ogos: ‘Bagi perniagaan kecil’

Foto: Vatican News - English melalui YouTube

Oleh Vatican News

KOTA VATIKAN — Pada bulan Ogos, Pope Francis menyeru kepada umat Katolik untuk berdoa bagi perniagaan kecil dan sederhana, supaya “di tengah-tengah krisis ekonomi dan sosial, mereka menemui jalan untuk terus beroperasi, dan melayani komuniti mereka”.

Paus mengeluarkan niat doa bulanan beliau pada Selasa lalu dalam satu video yang disediakan oleh ‘The Pope’s Worldwide Prayer Network’.

Dalam perutusan itu, beliau mengiktiraf “keberanian, usaha dan pengorbanan” usahawan kecil dan sederhana, dan mengaku mereka adalah antara golongan paling terjejas disebabkan oleh “krisis sosioekonomi yang serius”, yang diburukkan lagi oleh peperangan dan pandemik COVID-19 yang dahsyat.

Menurut statistik bagi 2021 dari Bank Dunia, satu daripada empat syarikat hilang separuh daripada jumlah jualan mereka disebabkan oleh pandemik global.

Memburukkan lagi realiti mereka ialah hakikat bahawa mereka tidak menerima bantuan awam secukupnya.

Pengorbanan yang konsisten dan usaha keras untuk membantu orang lain

Dalam perutusan video beliau, Paus memuji mereka yang “melabur dalam kehidupan” menerusi bengkel atau kedai mereka, dengan “menjana kesejahteraan, peluang dan kerja”.

Bapa Suci mengiktiraf usaha gigih mereka dan pengorbanan konsisten yang mereka buat, untuk melabur dalam kebaikan umum.

“Kedai, bengkel, perniagaan pembersihan, perniagaan pengangkutan, dan begitu banyak lagi. Perusahaan yang tidak muncul dalam senarai paling berkuasa dan terkaya di dunia, dan walaupun mengalami kesusahan, mereka mewujudkan pekerjaan, untuk menunaikan tanggungjawab sosial mereka,” kata beliau.

Bapa Suci menamatkan perutusan video beliau dengan mengingati nilai perniagaan kecil.

“Marilah kita berdoa untuk perniagaan kecil dan sederhana, yang terjejas teruk akibat krisis sosial dan ekonomi, agar mereka dapat mencari jalan untuk terus beroperasi, dan melayani komuniti mereka,” ujar beliau.

“Kepentingan besar” perniagaaan kecil

Pengarah  ‘The Pope’s Worldwide Prayer Network’, Fr Federic Fornos, SJ, merenungkan niat ini.

“Krisis, yang kita sedang lalui, adalah—seperti apa yang disebut oleh Paus—satu ‘saat Nuh’,” katanya, “satu kesempatan untuk membina sesuatu yang berbeza. Dari segi ini, perniagaan kecil dan sederhana adalah amat penting, dengan tenaga kreatif mereka dan keupayaan mereka untuk menyumbang penyelesaian daripada bawah.”

“Tanpa mereka, ia pasti mustahil untuk mengharungi krisis COVID, dan mereka masih diperlukan sekarang. Inilah sebabnya kenapa ia adalah penting untuk berdoa bagi mereka,” ujarnya lagi.

‘The Pope Worldwide Prayer Network’ dan Video Paus

‘The Pope’s Worldwide Prayer Network’ merupakan sebuah yayasan Vatikan, dengan misi untuk menggerakkan umat Katolik menerusi doa dan tindakan bagi menyahut cabaran yang dihadapi umat manusia dan misi Gereja.

Ditubuhkan pada 1844 sebagai Kerasulan Doa, ‘The Pope’s Worldwide Prayer Network’ kini ada di 69 negara dan merangkumi lebih 22 juta orang Katolik.

Video Paus merupakan satu inisiatif global rasmi dengan tujuan menyebar niat doa bulanan Bapa Suci. 

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Pope’s August prayer intention: ‘For small businesses’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.