Msgr William Sabang sambut ulang tahun kepaderian ke-40

Oleh Jacquiline Ebby

SERIAN — Pada 24 Jun yang lalu, satu majlis kesyukuran telah dianjurkan oleh Paroki St Theresa Serian sempena Jubli Delima Kepaderian Msgr William Sabang.

Umat dari pelbagai kampung di bawah naungan Paroki St Theresa Serian telah hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis makan malam tersebut. 

Fr Lazarus Swinie selaku Rektor Gereja St Theresa Serian mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada hadirin atas sokongan mereka bagi menjayakan majlis itu.

Beliau menyatakan bahawa majlis tersebut amat bermakna bagi umat Paroki St Theresa kerana tetamu kehormat yang diraikan berasal dari Serian. 

Msgr William pula mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas majlis yang telah dianjurkan.

Beliau juga sempat berkongsi pengalamannya melayan Tuhan dan umat-Nya di pelbagai paroki, dan perjalanan hidupnya sebagai seorang paderi.

Beliau bersyukur kerana dapat meraikan ulang tahun kepaderiannya yang ke-40.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian sebelum ia diakhiri dengan doa keberkatan daripada Msgr William.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.