Oleh Augustine Leeroy Garet
KOTA PADAWAN — Seramai 114 orang calon penguatan telah menerima Sakramen Penguatan pada 22 Februari 2022, jam 2.30 petang.
Misa tersebut dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh yang dibantu oleh Friar Don Don Ramerez, OFM selaku paderi di Paroki St Ann, Kota Padawan, dan Fr Felix Au.
Ibu bapa dan wali yang hadir sama-sama mendoakan para calon dari tempat duduk sahaja bagi mematuhi garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Sebelum Misa bermula, para calon dijemput untuk sama-sama memuji Tuhan bagi mempersiapkan diri mereka untuk menerima Sakaramen Penguatan.
Dalam Misa itu juga, Friar Don Don turut memaklumkan tentang keadaan Friar David Au yang masih menjalani pemulihan, dan menyeru kepada jemaat untuk terus mendoakan kesihatan Friar David.