Misa Pentekosta dan Pemberkatan Gawai di Gereja Holy Trinity meriah dan berwarna-warni

Gambar berkumpulan bersama Fr Eugene Maglasang, SDB dan Fr Andre Delimarta, SDB. (Gambar: Vernon Chew)

Oleh Jessica Jane

KUCHING — Pada 19 Mei lepas, Misa Pentekosta dan Pemberkatan Gawai telah dirayakan bersama oleh Fr Andre Delimarta, SDB dan Fr Eugene Maglasang, SDB di Gereja Holy Trinity (HTC) Kenyalang Park di sini. 

Ramai jemaat yang menghadiri Misa Bahasa Malaysia itu datang dengan mengenakan pakaian tradisional masing-masing untuk memeriahkan dan mengingatkan mereka tentang keindahan pelbagai kaum.

Selepas Misa, semua jemaat dijemput ke Dewan Good Shepherd untuk jamuan tengah hari persaudaraan Gawai yang dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Fr Eugene selaku Rector HTC. 

Antara acara yang dinantikan dan menjadi salah satu sorotan hadirin adalah pementasan pendek atau ‘Gawai Play’ yang dipersembahkan oleh belia Ministri BM HTC di bawah bimbingan Fr Andre bertajuk ‘Rindu Rumah’.

Pementasan itu dipersembahkan dengan iringan nyanyian dan tarian untuk mengenang kembali suasana kemeriahan semasa sambutan Hari Gawai di kampung bersama ahli keluarga tercinta. 

Selain itu, persembahan ini mengenang kerinduan ibu bapa yang menantikan kepulangan anak-anak yang bekerja jauh di kota untuk menyambut perayaan Gawai. 

Selesai sahaja persembahan yang dibuat oleh belia itu, makanan tengah hari dihidangkan bersama beberapa juadah tradisional Dayak seperti lemang, kuih penganan jala dan tuak, yang disusuli tarian poco-poco sebelum bersurai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.