Misa Kudus Sakramen Penguatan di Betong

TERIMALAH... Uskup Agung Simon Poh memberkati 28 calon Sakramen Penguatan. (Semua gambar: Darrent Leo)

Oleh Darrent Leo

BETONG — Pada 19 dan 20 Ogos 2023, Gereja Holy Family, Betong dan Gereja Katolik Our Lady Queen of Peace, Sri Aman telah merayakan Misa Kudus bagi Sakramen Penguatan yang telah diterima oleh 72 orang calon dari Zon Saratok, Zon Betong, Zon Skrang dan Zon Lubok Antu serta Zon Sri Aman. 

Uskup Agung Simon Poh telah mengurapi minyak suci krisma kepada 43 calon dalam upacara Sakramen Penguatan di OLQP Sri Aman.

Misa Kudus itu dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh bersama Rektor Gereja, Fr Jerome Juleng dan Fr Henry Jimbey. 

Perayaan Misa turut disaksikan oleh Seminarian Shawn Wong yang berasal dari Singapura.

Seramai 29 orang calon menerima pengurapan dalam sakramen tersebut daripada Uskup Agung Simon pada 19 Ogos 2023. 

Mereka terdiri daripada calon-calon dari Gereja St Michael, Gereja Kaong Ulu, St Anthony, Skrang, Gereja Holy Family, Betong dan Gereja St Ignatius, Saratok. 

Misa yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dihadiri umat Katolik serta saudara mara para calon penguatan dari sekitar kawasan Betong, Lubok Antu, Skrang dan Saratok. 

Seramai 43 orang calon menerima Sakramen Penguatan di OLQP Sri Aman.
Seramai 29 calon menerima Sakramen Penguatan di Gereja Katolik Holy Family, Betong.

Sementara itu, seramai 43 orang calon menerima Sakramen Penguatan pada 20 Ogos 2023 di Gereja Our Lady Queen of Peace.

Pada hari yang sama, Paroki OLQP telah menyambut ulang tahun gereja dan pelbagai aktiviti yang menarik untuk umat telah disediakan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti kempen derma darah dan jualan oleh Marian Guild. 

Sesi bergambar yang melibatkan semua penerima Sakramen Penguatan telah diadakan bersama Uskup Agung Simon selepas Misa Kudus selesai. 

Semoga semua penerima Sakramen Penguatan sentiasa mementingkan bimbingan Roh Kudus dalam kehidupan seharian mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.