Misa Komuni Pertama di Gereja Kampung St Andrew, Paon Rimu, Serian

Oleh Katekis Royston

SERIAN — Pada 26 November lepas, seramai 246 calon mengikuti Kem Komuni Pertama, di mana 194 calon menerima Komuni Pertama dan 52 calon menerima pembaptisan di bawah program Upacara Inisiasi Kristian Bagi Kanak-kanak (RCIC), yang dianjurkan oleh JSSPK di Gereja Kampung St Andrew, Paon Rimu.

Calon-calon datang dari beberapa buah kampung di bawah naungan Paroki St Theresa, Serian.

Misa pada hari yang bahagia itu dirayakan oleh Fr Robert Jissem.

Penerima Komuni Pertama dan peserta RCIC digalakkan untuk terus menghadiri Misa pada setiap Ahad untuk menerima Ekaristi Kudus. Ia adalah sumber makanan yang penting bagi kehidupan rohani kita sebagai orang Kristian Katolik.

Ibu bapa juga diingatkan untuk menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak serta bertanggungjawab membimbing anak-anak dalam iman. Fr Robert mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyediakan kanak-kanak untuk menerima Komuni Pertama dan pembaptisan sehingga Kem Komuni Pertama ini diselesaikan dengan jayanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.