Misa Kerahiman Ilahi dirayakan di seluruh Asia

Semua gambar: Paroki St Ann

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — “Jika Yesus tanya kita, adakah anda menyayangi saya?” merupakan soalan yang diajukan oleh Friar Don Don Ramerez, OFM dalam homili beliau semasa merayakan Misa Kerahiman Ilahi di Gereja St Ann, Kota Padawan yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, YouTube dan aplikasi Zoom bagi seluruh Asia.

Salib merupakan lambang bahawa Tuhan mencintai setiap kita. Persoalannya, adakah kita mencintai Dia?

Tanyalah dalam hati kita, dan jika tidak, semoga kita mendapatkan kesembuhan dan pengampunan daripada Tuhan.

Misa Kerahiman Ilahi bagi seluruh Asia telah diadakan pada 10 Ogos 2023.

Misa tersebut bermula pada jam 7.00 petang waktu Malaysia yang sama juga dengan waktu di Filipina dan Singapura, manakala bagi Indonesia pula, ia diadakan pada jam 1800. Ramai juga umat yang menghadirkan diri untuk mendapatkan kesembuhan dan sentuhan Tuhan melalui Ekaristi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.