Minggu Kudus di Kolej St Peter

PERSAUDARAAN…Para seminari bersama Rektor Kolej St Peter, Fr Patrick Heng (berdiri lima kiri) dan Matthew Lo (berdiri dua kanan).

Oleh Seminarian Matthew Lo (Teologi Tahun Pertama)

Minggu Kudus pertama saya di Kolej St Peter sesungguhnya diberkati. Walaupun ia dipenuhi kerja tangan dan persiapan, aktiviti rohani juga ada untuk memastikan kami sentiasa fokus dan mengarahkan hati dan fikiran kami kepada Misteri Paska.

Secara peribadi, acara kemuncak di antara aktiviti rohani tersebut adalah hari rekoleksi atau muhasabah diri di Pusat Peringatan dan Ziarah Katolik, Gunung Singai. Perjalanan ziarah kecil yang perlahan itu membolehkan saya untuk merenungkan makna peristiwa-peristiwa khusus yang berlaku pada hari terakhir dalam perjalanan Yesus di Bumi.

Kejatuhan Yesus mengingatkan saya bahawa perjalanan iman adalah sentiasa “kerja yang sedang dijalankan”. Maka itu, saya harus bersabar dengan diri sendiri. Yesus mengalami kesengsaraan-Nya demi saya, dan Dia bangkit setiap kali Dia jatuh kerana Dia memikirkan saya—Dia tahu bahawa kekuatan diperlukan bagi saya untuk berdiri semula, untuk mempercayai-Nya, dan meneruskan perjalanan selepas setiap kejatuhan yang disebabkan oleh kelemahan saya. Kegagalan tidak akan pernah menentukan segalanya, kerana Tuhan sudah mengatasinya.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Week in St Peter’s College

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.