Minggu Kudus dan Trihari Suci 2023 di Gereja St Ann Kota Padawan

Oleh Augustine Leeroy Garet

KOTA PADAWAN — Berdasarkan kalendar liturgi Gereja Katolik, Hari Minggu Palma merupakan permulaan Minggu Kudus dan ramai umat telah bersama-sama menghadiri Misa sempena memperingati peristiwa ketibaan Tuhan Yesus di Yerusalem dahulu. Walaupun kawasan parkir yang agak terhad, Gereja St Ann telah dibanjiri umat bagi merayakan Trihari Suci. Ketiga-tiga Misa Jumaat Agung pada jam 12.00 pm, 3.00 pm dan 6.00 pm telah penuh dihadiri ramai umat sehingga ke kawasan luar gereja.

Malam Khamis Putih telah diteruskan dengan Ibadat Tenebrae dan ini merupakan pertama kali ibadat ini dilaksanakan di Gereja St Ann. Ia telah berlansung dari jam 11.15 malam sehingga jam 12.00 tengah malam bagi membolehkan umat bersama-sama berdoa memperingati kejadian Tuhan Yesus semasa di Bukit Getsemani. 

Semasa Malam Paskah, seramai 167 orang calon katekumen telah dibaptiskan, di mana 36 orang daripada jumlah ini merupakan penganut Anglikan yang telah diterima persekutuan dengan Gereja Katolik. 

Salam paskah kepada semua umat Paroki St Ann, Tuhan memberkati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.