Meraikan Krismas dengan Harmoni

KEDAMAIAN ... Wakil daripada kepercayaan lain menyertai ketiga-tiga uskup agung untuk memotong kek Krismas. (Foto: Shannon Wei/Today's Catholic)

Oleh Shannon Wei

KUCHING — Dalam semangat memberi dan keharmonian antara agama, rumah terbuka tahunan Hari Krismas di Pusat Pastoral Katedral dan Kuria Keuskupan Agung (ACCPC) mengalu-alukan anggota paroki, ahli organisasi awam dan tetamu jemputan ke majlis makan tengah hari bufet Krismas.

Acara itu berlangsung di Dewan Besar ACCPC dari jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang untuk hampir 200 orang.

Dihoskan oleh Uskup Agung Simon Poh, perhimpunan itu bertujuan untuk meraikan persahabatan, muhibah dan keharmonian antara agama di antara orang ramai dari semua lapisan kehidupan.

“Dalam pesanan Krismas dan kelahiran Yesus, malaikat mewartakan: ‘Kemuliaan kepada Tuhan di tempat maha tinggi!’ Dan sudah tentulah, pujian diberikan kepada Tuhan, kesyukuran kepada Tuhan, dan keamanan di bumi kepada semua orang muhibah,” kata Uskup Agung Simon.

“Kita ada ramai rakan yang ingin berbuat baik, untuk masyarakat dan untuk semua umat manusia, dan itulah sebenarnya apa yang kita raikan di sini.

“Rumah terbuka mengalu-alukan semua orang. Ini adalah Krismas – kita membuka rumah kita untuk mengalu-alukan rakan-rakan kita dari kepercayaan lain.”

Di antara mereka yang hadir termasuk Uskup Agung Emeritus John Ha dan Uskup Agung Emeritus Peter Chung, paderi paroki dan wakil daripada kepercayaan lain seperti pengerusi Hindu Sangam Sarawak, Kripa Sindhu Krishna, Dr John Fozdar dari kepercayaan Baha’i, dan presiden Persatuan Gurdwara Sikh Dr Kalwinder Singh Khaira.

Tetamu istimewa termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ucapan perayaan yang disampaikan kepada satu sama lain oleh para tetamu menceriakan suasana manakala lampu dan pokok hiasan Krimas memenuhi dewan dengan tenaga dan warna.

Ditempatkan di atas pentas utama adalah satu hiasan adegan kelahiran Yesus (nativity scene) untuk mengingatkan semua kita tentang makna di sebalik Krismas.

Uskup Agung Simon juga mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan Krismas yang diberkati bagi semua dan penuh dengan “kasih, kegembiraan dan kedamaian”, selain pemberkatan bagi semua pada tahun baharu.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Celebrating Christmas in Harmony

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.