Menyambut Hari Sedunia bagi Datuk, Nenek dan Warga Emas

(Foto fail)
(Foto fail)

KUCHING Pelajar Sekolah Minggu telah ditanya bagaimana mereka akan menyambut Hari Sedunia bagi Datuk, Nenek dan Warga Emas yang julung kali diadakan pada Ahad, 25 Julai. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekarang tidak membolehkan ramai untuk mengunjungi datuk dan nenek serta anggota keluarga yang sudah tua.

Thea Leonie Ak Tony dari Gereja St Mark Batu Kawa, berkata: “Cara saya menunjukkan penghargaaan, kasih sayang dan penghormatan kepada mereka ialah menyambut hari jadi dan Hari Ibu bersama mereka. Seterusnya, membawa mereka bersiar siar ketika cuti sekolah ataupun pada hujung minggu. Ketika perayaan, saya akan balik ke kampung untuk menyambut bersama sama. Saya juga akan membantu mereka mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Dengan ini mereka akan berasa gembira dan dihormati malah dapat merasakan perasaan kasih sayang.”

Petrus Moses anak Dampa: “Cara saya menunjukkan perhargaan, kasih sayang dan penghormatan kepada mereka ialah dengan menolong mereka apabila di kampung seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Selain itu, saya juga akan membeli barangan keperluan dapur mereka yang kurang pada setiap hujung bulan ataupun pada hujung minggu.Di samping itu, saya juga akan menghantar mereka ke hospital apabila mereka ada temu janji dengan doktor serta membawa mereka makan di kedai sebagai tanda kasih sayang saya terhadap mereka.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.